Politik Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di tepi pantai, lalu bertemu dengan lampu ajaib. setelah digosok-gosok , maka keluarlah jin dari dalam lampu ajaib itu. seratus peratus macam cerita Aladdin dan Lampu Ajaib.

Maka, jin yang tahu berterima kasih itu pun berkata, "mintalah apa yang kamu hendak, aku akan cuba dapatkan untuk kamu".

budak hitam yang pertama berkata, "aku nak jadi putih". tup! terus budak itu jadi putih.

budak hitam yang kedua pula berkata, "aku mahu menjadi lebih putih daripada budak hitam yang pertama tadi". tup! tup! budak hitam yang kedua itu menjadi lebih putih daripada budak hitam yang pertama tersebut.


melihat kedua-duanya menjadi putih, budak hitam yang ketiga tadi berkata, "aku mahu jadi putih daripada kedua-dua budak hitam yang telah menjadi putih tadi".

ketika itu, jin mula menggaru-garu kepalanya, kemudian berkata, "yang itu saya minta maaf tuan. ilmu saya belum cukup lagi. saya tak dapat tunaikan permintaan itu".

lalu budak hitam itu berkata, "tak mengapa. kalau kamu tak dapat jadikan saya lebih putih, saya minta kamu tukarlah kedua-dua budak hitam yang telah putih ini menjadi hitam semula".

(Dipetik dari buku Tunggu Apa Lagi? oleh NOBISHA)

14 Ogos 2010 at 10:32 PTG , 3 Comments

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah... syukur kerana kita sempat diketemukan dengan bulan ramadhan sekali lagi.. bulan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka


moga ramadhan kali ini akan memberi pengertian yang besar dalam hidup kita dan bersama menjejak malam Lailatulqadar yang merupakan malam lebih baik dari 1000 bulan: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3). Allah Berfirman maksudnya: Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadr, ayat 4-5).


kepada semua sahabat, rakan dan taulan selamat menjalani ibadah puasa dan moga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.... Marhaban ya Ramadhan

11 Ogos 2010 at 1:19 PG , 0 Comments

Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi

PUTRAJAYA: Golongan pelajar bukan saja perlu mahir dalam kemahiran profesional, tetapi turut melengkapkan diri dengan kebolehan generik yang berteraskan daya kreativiti dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi

MUHYIDDIN  bertemu wakil pelajar,  dari kiri, Mohd Kamal Ali, Ahmad Wafi Sahedan, Muhammad Hilmi Juhari, Khairul Anuar Abu Kasim,     serta Muhammad Haniff Humam selepas merasmikan MPPK, di  Putrajaya, semalam. Turut hadir,  Mahamed Khaled dan  Saifuddin.

MUHYIDDIN bertemu wakil pelajar, dari kiri, Mohd Kamal Ali, Ahmad Wafi Sahedan, Muhammad Hilmi Juhari, Khairul Anuar Abu Kasim, serta Muhammad Haniff Humam selepas merasmikan MPPK, di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Mahamed Khaled dan Saifuddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebolehan generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu yang berfaedah menerusi cetusan daya kreativiti dan inovasi amat diperlukan negara untuk memacu ke arah ekonomi berpendapatan tinggi
Selain itu, katanya, kemahiran berkenaan juga berupaya mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam perangkap persepsi atau emosi yang mengaburi pandangan mereka mengenai sesuatu isu.
"Pelajar tidak seharusnya mengehadkan pencarian ilmu dalam kuliah, sebaliknya lebih kreatif dalam meneroka ilmu menerusi pelbagai sumber, termasuk pembabitan dalam aktiviti yang akan mendedahkan mereka kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tidak diperoleh dalam bilik kuliah," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bilangan 1/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MPPK, berkata kemahiran kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap dapat diperoleh dan dimantapkan melalui pembabitan pelajar dalam persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Katanya, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk berhujah dan mengeluarkan pandangan atau cadangan yang bernas dan kemahiran penting itu boleh dibina serta dimantapkan melalui pembabitan dalam program diskusi atau wacana di universiti. Muhyiddin berkata, dengan keupayaan berfikir secara objektif dan kesediaan untuk mendengar pandangan dilontar dari sudut berbeza, pelajar akan dapat menghormati perbezaan pendapat, menerima pandangan terbaik dan mengelak daripada terjerumus dalam polemik tidak berfaedah. MPPK adalah wadah utama yang memberi peluang kepada kepemimpinan pelajar di IPTA dan IPTS berbincang mengenai pelbagai isu penting negara bersama kepemimpinan tertinggi negara.

(Ehsan Berita Harian (klik) 07/08/2010)

09 Ogos 2010 at 1:36 PG , 0 Comments

Permuafakatan PAS-PEKEMBAR(UMNO)- Perspektif Mahasiswa Millennium

Hampir sebulan atau mungkin lebih dari itu penulis tidak mencoretkan pandangan dan perspektif diri penulis sendiri di ruangan ini.. masalah masa yang sentiasa menghimpit disamping bebanan tugasan kuliah dan aktiviti kesukarelawanan yang sentiasa tiada kenal penghujungnya... namun, penulis yang memilih untuk menjalani jalan ini maka perjuangan itu tiada akan selesai selagi nyawa dikandung jasad..

pandangan yang ingin dikongsikan ini sekadar pandangan peribadi yang pasti ada kekurangannya maklumlah tiada manusia yang sempurna dan pasti ada kekhilafan dari segi pemikiran dan pandangan. jadi jika pandangan ini mengganggu emosi sesetengah pihak, penulis mengalu-alukan komen dan pandangan membina anda semua yang mengunjungi laman ini.

sejak belakangan ini, cerita mengenai perpaduan parti melayu dan islam terbesar PAS danPEKEMBAR (UMNO) semakin hari semakin kedengaran dan semakin itulah ianya menarik untuk diikuti. jika dilihat, isu perpaduan yang dicanangkan ini kedengaran sejak zaman Tun DR. Mahathir lagi dengan UNITY TALK yang tiada kesudahan... Ketika zaman Tun Abdullah (Pak Lah) isu ini seakan menjadi realiti apabila Pak Lah dan Pimpinan PAS Pusat memandang serius perkara ini. namun seperti yang kita semua ketahui, hajat tinggal hajat.

kini, isu ini mula hangat dan semakin hangat apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pimpinan PAS untuk berunding mengenai permuafakatan PAS-PEKEMBAR (UMNO). ada suara-suara yang mengatakan bahawa UMNO hanya perlukan PAS di saat genting kerana selepas kehilangan 4 negeri pada pilihan raya lepas dan untuk mengukuhkan hegemoni politik dan kerelevenan pertubuhan kebangsaan melayu bersatu tersebut. atau UMNO benar-benar menginginkan perbentukan satu gagasan partai yang mampu mengembalikan dan mengukuhkan kesepaduan ummah di negara ini..
bagi pimpinan PAS cukuplah sejarah menjadi teladan mengenai sikap UMNO yang dikatakan menyingkir keluar PAS selepas merasakan selesa dengan pengaruh politik ketika itu 1977. PAS merasakan bahawa UMNO telah memungkiri semangat setiakawan yang telah diberikan oleh PAS.

bagi UNMO pula, mereka punyai dalil tersendiri mengenai penyingkiran PAS itu melalui petikan ucapan Tun Hussien Onn ini:


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah".

(Ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur)

Penulis membayangkan alangkah indahnya jika permuafakatan dan kerjasama ini dapat direalisasikan dan pasti memberi demensi baharu yang pasti lebih segar dan ranum untuk transformasi lanskap politik negara secara khasnya dan institusi politik kemahasiswaan secara amnya. janganlah politik kita menjadi seperti yang digambarkan oleh blogger terkenal NOBISHA.COM yang mengatakan bahawa "Nak jadi orang politik di Malaysia tak susah. Skil yang perlu ada ialah menyerang dan menjatuhkan lawan. Sekiranya tak ada isu yang cukup, adakan brainstorming untuk cari isu. Itulah politik purba yang masih kekal di negara ini".

bagi penulis tiada pihak yang benar dan salah kerana kedua-duanya pasti punyai dalil dan bukti yang tersendiri bagi menjustifikasikan hujah mereka.
pandangan penulis Berpadulah jika itu menguntungkan ummah dan negara, sebaliknya tinggalkan paduan tersebut jika ianya hanya memberi kerosakkan buat umat islam di negara ini.

*************************************************

Penulis mengalu-alukan pandangan dan kritikan anda mengenai post ini. kerana setiap penambahbaikan idea penulis akan memberi keuntungan buat kita bersama. Namun gunakanlah bahasa yang berhemah untuk membuktikan keintelektualan institusi kemahasiswaan kita...

**************************************************

29 Julai 2010 at 12:08 PTG , 0 Comments

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

04 Jun 2010 at 9:05 PG , 2 Comments

Sudah Terang Lagi Bersuluh

malu dengan mentaliti mahasiswa ukm yang terus-terusan diperbodohkan oleh sesetengah pihak demi mendapat habuan politik (political interest) dari kejahilan mahasiswa ukm yang mudah dibeli dengan janji-janji politik yang ingin menghancurkan nilai intelektual mahasiswa.

saya dikecam, dihina, di lebel sebagai penakut (dari aspek politik) kerana paparan post saya yang terdahulu yang menyatakan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang secara terang-terangan bersubahat dengan pakatan politik luar yang menggambil kesempatan dengan menggunakan persekitaran kampus untuk menyebarkan idealogi politik untuk kepentingan mereka.

terbaharu, ceritera 4 orang pelajar sains politik, fakulti sains sosial dan kemanusiaan, UKM yang didakwa dimahkamah UKM atas penglibatan terhadap promosi parti politik di pilihanraya hulu selangor menjadi bualan bukan dalam persekitaran UKM sahaja malahan subur hingga ke Sabah dan Sarawak. hebat bukan penangan 4 pelajar ini. namun apa yang dikesalkan sebaran berita ini hanya mengundang nama buruk kepada alma meter dan kampus ukm itu sendiri.

presiden PMUKM melalui kenyataan Web nya telah menyatakan bahawa kepada yang terlibat dengan perbicaraan tersebut agar tenang menghadapi perbicaraan kerana mereka tidak akan dilihat sebagai bersalah sehingga dibuktikan bersalah. itu perundangan yang kita semua tahu.

namun, saya tertarik dengan pendedahan terbaharu blog House PK yang menyatakan ada dalang yang "menyemarakan" lagi situasi tegang di UKM kita ini. saksikan pendedahan House PK tersebut......


Penglibatan Parti Pembangkang yang tidak betanggungjawab terhadap mahasiswa sudah sampai ke tahap kronik!

Pada PRK Hulu Selangor yang lepas, 4 orang pelajar Universiti Kebangsan Malaysia iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, King Chai dan Azlin Shafina Adzha telah ditahan oleh pihak Polis dalam satu sekatan jalan raya.

Turut ditemui bersama-sama mereka adalah 1000 keping CD dan 15 ribu keping risalah pelbagai tajuk yang semuanya berunsur hasutan dan mengenai PKR dan tajuk-tajuk seperti “Perisik Zionis dalam PDRM, Tolak BN Kerana Menindas Orang India” dan pelbagai tajuk lagi untuk diagih-agihkan ke seluruh Hulu Selangor.

Secara jelasnya dilihat bahawa mahasiswa-mahasiswa ini telah dipergunakan secara terang-terangan oleh DAP dan PKR dalam kempen mereka sedangkan pada waktu tersebut adalah waktu peperiksaan akhir di UKM.

Dan dalam press conference mereka baru-baru ini yang menggunakan (dipergunakan) Dewan Perhimpunan Cina KL, mereka telah menyatakan bahawa polis hanya menemui 1 keping CD sahaja sewaktu ditahan. Kecik-kecik dah diajar pandai menipu! Ini adalah di antara soft skill yang diajar kepada mahasiswa di universiti pada ketika ini oleh Pakatan Haram ini.

GAMBAR DIATAS : SEMASA MEREKA DICEKUP DI HULU SELANGOR TEMPOHARI!

Sementara itu pagi tadi di UKM, apa yg terjadi ialah 4 pelajar ini telah mengambil khidmat peguam yg terkenal bagi melaksanakan perintah injunksi bagi perbicaraan tatatertib mereka.

Mana la pelajar ni dapat duit untuk membayar peguam dan sebagainya untuk kes TATATERTIB Universiti? Mungkin gambar-gambar di bawah boleh menjelaskan siapa yang mempergunakan pelajar-pelajar ini.

Jika diamati betul-betul, kes 4 pelajar ini mirip Modus Operandi kes liwat Al-Juburi. Seperti seorang adik meniru gaya abangnya, tujuan mereka adalah untuk menangguhkan kes sampai kiamat! Persoalannya, kalau rasa tak bersalah, kenapa takut nak hadiri perbicaraan? Berani kerana benar, takut kerana salah..!

Kalau 4 pelajar ini dibiarkan terus bebas dan belajar di UKM atau di IPT kita, tak mustahil mereka akan menghasut dan mempengaruhi lebih ramai pelajar Melayu untuk ‘tunduk’ dan rela dipergunakan oleh DAP. Inilah contoh pelajar-pelajar yang tak tahu kenang jasa mak ayah mendoakan kejayaan dalam pelajaran agar dapat jadi manusia yang berguna di masa hadapan, sebaliknya kecik-kecik lagi dah jadi alat tunggangan DAPig!

GAMBAR DIATAS : SUASANA DI DATARAN CANSELORI UKM PAGI TADI (MAHASISWA + DAP)

Ini adalah email yang telah aku terima dari salah seorang pelajar yang mengaji disana! Apa nak jadi ni?

Pesanan HPK kepada adik-adik di U: Wahai adik-adikku yang sangat aku sayangi, janganlah kamu menghancurkan masa depanmu dengan membuat sesuatu yang akan kamu sesali di kemudian hari! Ini adalah waktu untuk adik-adik belajar, banyak lagi masa untuk berpolitik!

Ingatlah mak ayah di kampung, mereka begitu bersusah payah menghantar kamu ke sini bukan untuk menjadi BARUA manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab, mereka menghantar kamu ke U untuk kamu belajar dan menimba ilmu!

Wahai adik-adikku yang masih belajar, hentikanlah kegilaan ini, tumpukanlah perhatian dalam pelajaranmu, ingat bila adik-adik gagal nanti tidak akan ada sesiapa pun berada di sisi adik-adik untuk berkongsi tangisan, malah mereka inilah yang akan mencerca kamu atau mempergunakan kamu habis-habisan demi mengejar matlamat politik yang gila!

Aku merayu padamu wahai adik-adikku, kamu boleh bergiat dalam poltik tetapi cukuplah dengan ala kadar sahaja, percayalah golongan manusia tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan nafsu gila mereka sahaja! Sudahlah tu, tumpukan perhatian pada pelajaran!

Abang HPK mendoakan kejayaan kamu semua, jadilah manusia bermaruah wahai adik-adikku, janganlaha kamu dipergunakan, hidup mesti bermaruah dan berilmu!

sumber: House PK

03 Jun 2010 at 4:32 PTG , 0 Comments

Peristiwa 13 Mei 1969 Perlu Terus Di ingati


13 mei 1969 sememangnya menjadi satu coretan hitam dalam pembikinan negara kita kearah kemajuan seperti yang dinikmati hari ini. peristiwa ini menunjukkan kepada kita betapa perhubungan antara kaum, perpaduan dan semangat kekitaan merupakan tunjang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.

bila mana peristiwa ini berlaku kerajaan merangka satu langkah bagi menyelamatkan negara dari terus dibelenggu dengan suasana ketegangan kaum iaitu melalui penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara yang diperkenalkan semata-mata ingin menerbitkan rasa nasionalisme dan mewujudkan perpaduan.

namun 41 tahun peristiwa ini berlalu adakah kita benar-benar berpadu?
adakah sudah hilang perasaan iri hati kita kepada bangsa lain?
adakah sudah hilang syak wasangka kita kepada bangsa lain?

sesungguhnya peristiwa ini wajar dikenang agar tidak berulang dan mengganggu agenda negara ke arah mengangkat negara kepada kemajuan mengikut acuan kita sendiri. apa yang menyedihkan ada segelintir rakyat negara ini yang ingin melupakan peristiwa ini kerana bagi mereka ianya hanyalah satu modal politik parti-parti tertentu
KLIK. fikiran sempit sebegini hanya bakal mengundang malapetaka kerana dengan sejarah kita dapat belajar.


13 Mei 2010 at 3:05 PG , 2 Comments

Suarakan Tolakan Terhadap Tony Blair !!

Pada 24 hb April 2010 sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyramid Convention Center , Petaling Jaya. Seperti yang kita dan semua tahu, Tony Blair sudah dikenali dan dicop sebagai penjenayah dan pembunuh kemanusiaan yang bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , Presiden Bush yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan umat Islam di dunia dengan konsep New World Order (NWO).


Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, Afghanistan dan Iran mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya. Mereka juga, turut tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada negara-negara yang menjadi mangsa kerakusan dan sikap kebinatangan Tony Blair dan pakatan sekutunya. Beliau dan sekutunya sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan mereka.


Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Tony Blair lah orang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.


Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Natijahnya lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.


Oleh yang demikian, atas kapasiti apakah sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih dan dijadikan model bagi pembangunan institusi perniagaan.


Justeru saya dengan sepenuh jiwa raga menggesa pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia yang secara terang-terangan mengutuk syarahan tersebut. selain itu, saya juga mengharapkan agar orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair sebagai tanda protes dan bantahan terhadap pencerobohan dan pencabulan keatas negara-negara islam yang dilakukan oleh si penyangak Tony Blair ini. saya juga berharap agar pihak berkuasa iaitu kerajaan Malaysia mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia seperti yang dilakukan keatas Chin Peng dan warga Israel.

ATAS NAMA ISLAM , DAN KEINTELEKTUALAN INSTITUSI KEMAHASISWAAN SAYA MENYERU AYUH KITA BERSAMA-SAMA BANGKIT MENOLAK PENODAAN KEATAS BUMI ISLAM DAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.

23 April 2010 at 3:20 PG , 1 Comment

Perjuangan yang Belum Selesai

rakan-rakan sekalian... saya amat tertarik dengan semua komen, pandangan dan kritikan anda semua.. saya bercakap dan menulis atas fakta yang sebenar. saya punyai bukti dan hujah yang akan dapat menyokong hujah dan bukti saya.

kepada ahli-ahli GMUKM yang xdapat menerima kenyataan, ayuhlah muhasabah diri kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan pakatan GMUKM yang ternyata hanyalah satu pakatan yang direka cipta utk memperkudakan anda semua.

saya berdoa agar satu hari nanti pintu hati anda akan dibukakan dari kejumudan yang melampau ini demi satu kebenaran yang hakiki. ketahuilah saya tidak bermusuhan dengan anda, saya paparkan bukti-bukti dalam blog ini untuk menunjukkan kepada anda agar dapat menjadi satu batu loncatan untuk anda muhasabah diri dan renung peribadi.

saya amat yakin dan pasti bahawa selepas ini saya dan mungkin rakan-rakan MPP lain dari saf Aspirasi akan dijatuhkan maruah, imej, Personaliti dan mungkin harga diri demi perjuangan penuh kepura-puraan GMUKM. Malah bukan kita tidak tahu betapa rakusnya GMUKM menidakkan maruah rakan-rakan kita dahulu. mungkin itu sahaja jalan untuk mereka meraih undi dan sokongan dari mahasiswa/i UKM yang terus-terusan ditipu oleh mereka.

saya akan sedaya upaya bersedia menghadapi semua provokasi dan niat jahat serta agenda GMUKM yang pastinya tidak berlandaskan islam yang dicanang-canangkan itu.

saya tidak bermusuhan dengan anda wahai sahabat di GMUKM. jika anda fikir tulisan saya di blog ini untuk menjadikan saya musuh maka terpulang.

saya tidak gentar dan takut untuk perjuangkan apa yang benar.

TAKKAN SEKALI BERUNDUR kerana Perjuangan ini Belum Selesai.

22 April 2010 at 1:38 PG , 12 Comments

Pemimpin GMUKM yang hipokrit

Saya sedih dengan nasib mahasiswa UKM yang terus-terusan diperbodohkan oleh GMUKMyang saya pun tidak tahu mengapa begitu hina sekali berjuang atas platform politik kampus tetapi mendambakan politik luar kampus.

jika berdebat hebat sekali mereka menuduh, melebelkan dan mengelaskan bahawa pimpinan barisan ASPIRASI sebagai pro kerajaan, pro Barisan Nasional dan apa-apa jua lagi demi mengaburkan mata dan hati mahasiswa/i UKM dari sikap sebenar mereka.

sahabat-sahabat sekalian, untuk pengetahuan sahabat semua, pemimpin GMUKM lah yang menjadi proksi pakatan politik luar yang sedaya upaya mengekspoloitasi institusi kemahasiswaan demi survival politik mereka. mereka menggunakan pemimpin-pemimpin yang mudah diperkudakan seperti GMUKM ini bagi menyempurnakan kegiatan dan ideologi mereka yang ternyata punyai matlamat peribadi.

jangan cakap saya menuduh semberono. saya punyai bukti. namun adakah bukti yang saya tunjukkan ini mampu menjadikan mahasiswa sekalian menolak GMUKM secara total pada Pemilihan Kampus akan datang? sama-samalah kita fikir-fikirkan dan renungkan


Jika sahabat semua tidak kenal, yang bertopi itu ialah saudara Fikah Sanusi manusia yang begitu lantang semasa menjadi MPP UKM sesi lepas yang mengutuk dan mempersendakan ASPIRASI UKM kerana baginya APIRASI UKM pro kepada parti politik pemerintah. tapi gambar ini dirakam baru-baru ini di Hulu Selangor. En. Fikah Sanusi Pelajar Tahun 3 Fakulti Undang-Undang UKM menyertai perarakan penamaan calon parti Keadilan Rakyat (PKR).



Yang ini pula saudara Idris Yusof mantan presiden ISI UKM yang juga MPP sesi lepas yang secara terang-terangan menggunakan platform GAMIS untuk memyempurnakan agenda politik kepembangkangannya. Untuk pengetahuan Hadirin sekalian, Rakaman Ucapan saudara Idris Yusof ini juga dilakukan oleh PAS TV! saya menjadi keliru adakah saudara Idris Yusuf ini merupakan Pemuda Pas yang menggunakan platfrom mahasiswa di UKM. jika benar maka Idris Yusuf ini juga merupakan hipokrti kelas atasan yang telah mengaburkan mata dan telinga mahasiswa/i UKM. kerana Idris Yusof ini juga mengutuk jika ada mana-mana badan atau pertubuhan pelajar yang menyertai politik luar kampus.
Lebih "membanggakan" ucapan dan kenyataan Encik Idris Yusof ini telah disiarkan oleh Harakah Daily.

Sila Klik Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor

apa lagi bukti yang diperlukan yang menunjukkan bahawa GMUKM ini hanyalah satu pakatan yang direncanakan untuk menjatuhkan dan mengaibkan institusi keintelektualan mahasiswa. saya yakin dan percaya walau berdozen bukti pun jika saya tunjukkan pasti terdapat jua warga-warga UKM yang bersuara mengatakan bahawa jika GMUKM yang berpartisipasi dengan politik luar tidak mengapa. jika ASPIRASI yang buat begitu maka itu adalah satu kesalahan yang maha dashyat. itulah GMUKM matlamat menghalalkan cara.

namun saya tetap berharap dan berdoa agar dibukakan pintu hati mahasiswa/i sekalian agar dapat berfikir dengan waras dan penuh keintelektualan untuk menolak secara total GMUKM pada PR kampus akan datang...

19 April 2010 at 4:16 PTG , 36 Comments