Peristiwa 13 Mei 1969 Perlu Terus Di ingati


13 mei 1969 sememangnya menjadi satu coretan hitam dalam pembikinan negara kita kearah kemajuan seperti yang dinikmati hari ini. peristiwa ini menunjukkan kepada kita betapa perhubungan antara kaum, perpaduan dan semangat kekitaan merupakan tunjang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.

bila mana peristiwa ini berlaku kerajaan merangka satu langkah bagi menyelamatkan negara dari terus dibelenggu dengan suasana ketegangan kaum iaitu melalui penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara yang diperkenalkan semata-mata ingin menerbitkan rasa nasionalisme dan mewujudkan perpaduan.

namun 41 tahun peristiwa ini berlalu adakah kita benar-benar berpadu?
adakah sudah hilang perasaan iri hati kita kepada bangsa lain?
adakah sudah hilang syak wasangka kita kepada bangsa lain?

sesungguhnya peristiwa ini wajar dikenang agar tidak berulang dan mengganggu agenda negara ke arah mengangkat negara kepada kemajuan mengikut acuan kita sendiri. apa yang menyedihkan ada segelintir rakyat negara ini yang ingin melupakan peristiwa ini kerana bagi mereka ianya hanyalah satu modal politik parti-parti tertentu
KLIK. fikiran sempit sebegini hanya bakal mengundang malapetaka kerana dengan sejarah kita dapat belajar.


13 Mei 2010 at 3:05 PG

2 Comments to "Peristiwa 13 Mei 1969 Perlu Terus Di ingati"

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, Mei 14, 2010 )

mcm mana nk hilang iri hati kalo iri hati kpda org ISLAM yg cuba nk bawa ISLAM ada ag..
smpi bile2 xkn brubah

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, Jun 14, 2012 )

Terima kasih atas info, Tuan.

Sila Like page Tanda Putera di:
www.facebook.com/TandaPutera

Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

Terima kasih.

Catat Ulasan