Pemimpin GMUKM yang hipokrit

Saya sedih dengan nasib mahasiswa UKM yang terus-terusan diperbodohkan oleh GMUKMyang saya pun tidak tahu mengapa begitu hina sekali berjuang atas platform politik kampus tetapi mendambakan politik luar kampus.

jika berdebat hebat sekali mereka menuduh, melebelkan dan mengelaskan bahawa pimpinan barisan ASPIRASI sebagai pro kerajaan, pro Barisan Nasional dan apa-apa jua lagi demi mengaburkan mata dan hati mahasiswa/i UKM dari sikap sebenar mereka.

sahabat-sahabat sekalian, untuk pengetahuan sahabat semua, pemimpin GMUKM lah yang menjadi proksi pakatan politik luar yang sedaya upaya mengekspoloitasi institusi kemahasiswaan demi survival politik mereka. mereka menggunakan pemimpin-pemimpin yang mudah diperkudakan seperti GMUKM ini bagi menyempurnakan kegiatan dan ideologi mereka yang ternyata punyai matlamat peribadi.

jangan cakap saya menuduh semberono. saya punyai bukti. namun adakah bukti yang saya tunjukkan ini mampu menjadikan mahasiswa sekalian menolak GMUKM secara total pada Pemilihan Kampus akan datang? sama-samalah kita fikir-fikirkan dan renungkan


Jika sahabat semua tidak kenal, yang bertopi itu ialah saudara Fikah Sanusi manusia yang begitu lantang semasa menjadi MPP UKM sesi lepas yang mengutuk dan mempersendakan ASPIRASI UKM kerana baginya APIRASI UKM pro kepada parti politik pemerintah. tapi gambar ini dirakam baru-baru ini di Hulu Selangor. En. Fikah Sanusi Pelajar Tahun 3 Fakulti Undang-Undang UKM menyertai perarakan penamaan calon parti Keadilan Rakyat (PKR).



Yang ini pula saudara Idris Yusof mantan presiden ISI UKM yang juga MPP sesi lepas yang secara terang-terangan menggunakan platform GAMIS untuk memyempurnakan agenda politik kepembangkangannya. Untuk pengetahuan Hadirin sekalian, Rakaman Ucapan saudara Idris Yusof ini juga dilakukan oleh PAS TV! saya menjadi keliru adakah saudara Idris Yusuf ini merupakan Pemuda Pas yang menggunakan platfrom mahasiswa di UKM. jika benar maka Idris Yusuf ini juga merupakan hipokrti kelas atasan yang telah mengaburkan mata dan telinga mahasiswa/i UKM. kerana Idris Yusof ini juga mengutuk jika ada mana-mana badan atau pertubuhan pelajar yang menyertai politik luar kampus.
Lebih "membanggakan" ucapan dan kenyataan Encik Idris Yusof ini telah disiarkan oleh Harakah Daily.

Sila Klik Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor

apa lagi bukti yang diperlukan yang menunjukkan bahawa GMUKM ini hanyalah satu pakatan yang direncanakan untuk menjatuhkan dan mengaibkan institusi keintelektualan mahasiswa. saya yakin dan percaya walau berdozen bukti pun jika saya tunjukkan pasti terdapat jua warga-warga UKM yang bersuara mengatakan bahawa jika GMUKM yang berpartisipasi dengan politik luar tidak mengapa. jika ASPIRASI yang buat begitu maka itu adalah satu kesalahan yang maha dashyat. itulah GMUKM matlamat menghalalkan cara.

namun saya tetap berharap dan berdoa agar dibukakan pintu hati mahasiswa/i sekalian agar dapat berfikir dengan waras dan penuh keintelektualan untuk menolak secara total GMUKM pada PR kampus akan datang...

19 April 2010 at 4:16 PTG

36 Comments to "Pemimpin GMUKM yang hipokrit"

argh!!tengah dilema..mana satu yg betol ni!!

saya sudah kemukakan bukti dan hujah saya berlandaskan bukti. GMUKM menggunakan agama untuk bergerak atas tiket institusi kemahasiswaan. GMUKM mengaburi mata dan teliga kita hanya kerana bergerak atas nama agama. saya menyeru mari kita menolak GMUKM secara total demi kebaikan kita jua

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

Bagus la idealisme pemegang taklifan sebagai kerohanian PMUKM ini. Moga2 saudara benar2 menjalankan taklifan dan amanah yang diberi, berdasar sttment diatas nampaknya saudara lebih betul perjuangan (mungkin perjuangan agama yang tulen)drpd budak2 GM.

saya masih x faham bagaimana dikatakan budak2 GM ini mengunakan agama. setahu kebanyakan budak2 gm nie la yang banyak mengerakan aktiviti keagamaan sama ada dikolej, anak negeri, fakulti dan persatuan lain. dan mereka2 nie yang mengimarakan masjid. Malahan tengok mereka ini bersungguh mengorbakan diri mereka demi memertabatkan agama.

bukan sahaja platform persatuan, lihatlah kecenderungan mereka dalam berpersatuan atau pun boleh lihat dilaman web sosial, mereka ini dilihat banyak memperjuangkan agama. apa yang dilihat mereka mengunakan kepentingan diri untuk agama bukan seperti saudara cakap.

tidak tahulah saya , puak aspirasi atau tsb nie mendahului hal ini. Mungkin saudara nampak puak apirasi dan tsblah yang selalu memlaksanakan program agama, mengimarahkan surau2 dan masjid, berjuang menghapuskan budaya hedonisme, menunjukan pewatakan islamic dari sudut pergaulan dan pakaian. benarkah ini yang dilakuakan Aspirasi, mungkin mata saya nie silap tengok kot, selama ini yang saya perasan budak GM ini, bukan Aspirasi.

Kalau benarlah budak gm ini mempergunakan agama dan budak2 aspirasi lah yang memperjuangkan agama, saya mencabar saudara Kamal ali yang sudan mempunyai kuasan dan amanah ini, memperbayakan program agama dan akademik, membenteras progam hidonesme, membuat kempen untuk mewujudkan biah solehah dan pihak Aspirasi mendahului semua ini dari budak2 Gm. Buktikan kata2 saudara bukan omong kosong. biar budak Aspirasi yang kelihatan memperjuangkan perkara ini dari budak2 gm.

Saudara mesti setuju, jika saya kata ini perjuangan yang perlu didahulukan dan di awlawiyyatkan sebagai sudara seorang abida dan khilafah, malahan saudara memegang potfolio kerohanian. Buktikanlah lepas ini..

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

betul tu...buktikan, kotakan, realitikan kata2 anda...jgn hanya pandai berkata...gunakanlah kuasa anda...kami mahasiswa dah muak dgn hedonisme anjuran PMUKM, JAKSA ASPIRASI...

Posted by masih keliru ( Rabu, April 21, 2010 )

sahabat jom kenali Kamal ali, orang yg beriman dengn Auku..
tgk kat group fb dia;

klik sini
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30536042&id=1528955556#!/groups.php?id=100000071206050


KJFC,
BIRO DAFTAR PEMILIH DAN TUGAS-TUGAS KHAS (UMNO BAHAGIAN TUARAN),
PEMUDA UMNO MALAYSIA,
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PULAI (UMNO Youth of Pulai Division)
UMNO TERENGGANU
KELAB PENYOKONG UMNO Facebook (KPUMaya)
UMNO JUARA RAKYAT
KAMI Kami Menyokong UMNO dan BN.
UMNO BERUBAH (KUMPULAN PEMIKIR)
Pertubuhan Anti Pakatan Rakyat
PEMUDA UMNO KOTA TINGGI

itu antara senarai group yang beliau nie join..
semua tu mengambarkan apa.. adakah mahasiswa tidak boleh menyokong parti politik kata Auku, tapai apa kata kamal ali ini.. inilah pemimpin kesyanganku..

JOm fikir sambil zikir

wallahualam kamal.
saya tak mengatakan anda betul dan anda salah.
saya kenal kedua2 pihak.
anda kenal kedua2 pihak?
tidak salah untuk bertemu, berbual, minum2 bersama.
tentang hal politik letak tepi dulu.
yang penting mahasiswa itu yang perlu diutamakan.
mahasiswa? jangan kata saya proM. saya bukanlah proM atau proA tapi saya mahasiswa yang belajar di bumi UKM.
apa yang baik untuk mahasiswa itu yang kita mahukan.
apa yang baik untuk mahasiswa?
pastilah pembangunan insaniah dan rohaniah.
peranan pimpinan andalah untuk membentuk kami.
andai kita asyik nak menuduh hipokrit dan terus menghentam antara satu sama lain, bila kami yang mahasiswa mahu terdidik insaniah dan rohaniah??
ops... siapa menghentam siapa?
itu jangan dijadi persoalan, akhi.
yang penting kita berubah dulu, dan rapatkan ukhuwah antara pimpinan. biar kita sakit dan penat merapatkan jurang ni, pasti ada yang menyokongmu. ikhlas kepada Allah.
pedulilah politik mana dia, siapakah mereka.
kita ini siapa? kita pemimpin di UKM. gunakan kuasamu untuk membantu mahasiswa dalam membentuk rohaniah dan insaniah.

wallahualam.
p/s: hayati roh falsafah UKM. sekarang UKM tinggi ilmunya. padukanlah dengan iman. itu yang mahasiswa pohon dari PMUKM. paduan ilmu dan iman!

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

Salam.. saya setuju dgn "Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010)".. Kita jgn hanya mengata orang salah sdgkan sebenarnya mereka yg benar.. sy sndiri lihat MPP GMUKM yg byk mengadakan program islamik.. klu x de mereka dlm PMUKM alamtnya x de la program2 islamik... yg sy nmpk Pihak yg saudara megahkan2 byk mengadakan program2 yg melalaikan.. tgk saja berapa byk konsert2 artis dianjurkan? Klu benar GMUKM gunakn Islam, apa kata saudara HENTIKAN SEMUA PROGRAM2 YG BERUNSURKAN HIBURAN SEMATA2 YG MENJAUHKAN MANUSIA DR ALLAH... bykkan program2 islamik.. Klu benar saudara nak perjuangkan Islam, dan GMUKM HANYA mempergunakan Islam.. Sedar2lah saudara.. sebelum berckp selidik dahulu.. Hentikan program2 yang mengeksploitasi kaum wanita.. hiburan je mesti ade wanita yang nyanyilaa, menari laa.. padahal semua tuh HARAM disisi ISLAM.. Terlalu byk prog2 yg melalaikan dianjurkan PMUKM.. hentikanlah saudara sbb saudara dh memegang portfolio kerohanian.. jgn biarkan amanah sekadar tinggal amanah.. INGAT, besar tjawab saudara tuh.. nti akan ditanya dikahirat kelak..

lg satu sy x setuju sgt ugutan trhadap mahasiswa yg turun hulu selangor.. sedangkan Mahasiswa yg dah berumur 21 tahun dah layak untuk mengundi.. jadinya apa salahnya klu mereka menyokong mana2 pihak.. itu kan hak masing2.. nama pun negara demokrasi.. klu x bg mcm tuh baik suh kerajaan naikkan umur orang yg leh ngundi.. yela klu sokong pembangkang jer sume kene ugut, tapi klu sokong kerajaan x de sape nk larang.. ye dak?? huhu.. fikir2 lah wahai saudara yg bergelar mahasiswa.. jgn mudah tertipu...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Assalamu'alaikum..
Nampaknya Sdr Kamal Ali masih lagi disinari fatamorgana kerajaan Malaysia..
Wahai Sdr..isu APCO ni bukan isu kecil..APCO ni melibatkan kita semua..Sdr sedar x yang Malaysia yg 'kononnya' kita iktiraf sbg negara Islam telah bskongkol dgn puak Yahudi..
Pmimpin ckp x serupa bikin..dulu ckp kita x iktiraf Israel sbg sbuah ngara n dlm pasport pun tulis Israel je xleh msuk..
Skrg?? Apa cita??
Sebenarnya kita ni stapak demi stapak sdg ikut jejak yahudi??
Sdar tau x yg konsep 1Malaysia tu sbnarnya telah DICEDOK 100% drp 1Israel?? (Bykkn mbaca klu x tau..)

Skrg ni isu APCO..x kira lah samaada GM nk bkjasama dgn PAS or NGO luar..asalkn fikrah sama!
Pjuangan sama!
Kita bkjasama dgn golongan Islam yg nk bantu Islam..
Kerajaan plak bkjasama dgn golongan Yahudi yg x penah jemu nak jatuhkan Islam!
Sedar x?
Adakah jika negara kita terancam dek APCO, kita golongn mahasiswa xkena tempiasnya??
Kena direct bro...

Org kt luar sana masih kabur dgn APCO..APCO tu xlain n xbukn hanya nk jatuhkn kita..
Adakah kita x amik iktibar drp sejarah yg blaku di Iraq??
Di bawah pemerintahan Saddam Hussein??

Sdr..
sama ada kami bkjasama dgn parti luar or NGO luar itu bukan isu..
sekurg2nya kami prihatin dgn negara kita..
Kita sbg golongan mahasiswa yg dpandang msykt sbg golongan berintelektual sememangnya bt/jwb dlm mnyampaikan yg haq kpd rakyat dluar sna..
cuba fikir kalau itu bukn tugas kita,.habis tu tugas siapa?
Melalui entri ni saya nampak saudara seolah2 lbh mementingkan Politik kampus drp isu sejagat yg mnjadi kerisauan seluruh rakyat bg yg sedar..
(kamalali : "namun saya tetap berharap dan berdoa agar dibukakan pintu hati mahasiswa/i sekalian agar dapat berfikir dengan waras dan penuh keintelektualan untuk menolak secara total GMUKM pada PR kampus akan datang...")
Kami buat semua ni atas perjuangan agama kami..
bukan sbb politik kampus yang anda gila2kn tu..


saya akhiri coretan saya ni dgn hadith Rasulullah s.a.w..saya kira mlalui hadith ni Rasulullah dah nyatakan dgn jelas kat kita (dalam quran pun Allah ada nyatakan juga yang puak Yahudi ni xkan redha dgn apa yg kita buat..harap saudara dpt mncarinya)...saudara teliti hadith ni dan fikir...
saya pasti..sdr bukannya bodoh..
cuma saudara masih belum nampak kebenaran yg sebenar...

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kamu pasti akan mengikut jejak langkah orang-orang yang sebelum kamu – sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka memasuki ke dalam lubang dhab (sejenis biawak di padang pasir), pasti kamu akan mengikut mereka. Kami (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani (yang engkau maksudkan)? Jawab baginda SAW: Maka siapakah lagi (kalau bukan mereka)? (riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s : back to quran..mngaji dan kaji...jgn sekadar baca..insyaAllah dtunjukkan jln yg benar..sya doakn saudara mnemui jln kbnaran insyaAllah...JANGAN ASYIK FIKIR POLITIK KAMPUS SAHAJA..KAMI TAK KEMARUK DGN ITU..saya cuba terangkan kpd saudara dgn cara mahsiswa berintelektual dan berhikmah..maaf andai terkasar bahasa..

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

salam...kamal, pernah belajar perlembagaan Malaysia x? antara perlembagaan Malaysia dan AUKU mana lebih besar kuasanya? hak warganegara bebas memilih.

jangan jadi macam sarfa buat politik murahan macam ni masa jadi MPP dulu. kebenaran la sangat....kalau awak menjulang kebenaran kenapa susah untuk menerima orang yang membawa dan memartabatkan gerakan Islam?

tahu apa tujuan Allah jadikan manusia? dalam pembangunan insan kurikulum nilaian sepadu menyatakan dijadikan manusia tujuan utama adalah sebagai hamba Allah dan khalifah untuk beribadat kepada Allah..luaskan pemikiran anda dalam bab ini ye.

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

assalamualaikum...

kenapa bangga sangat dgn BUKTI-BUKTI 'celah gigi' ko tu? bukti yg mnunjukkan puak2 ko main kotor sblum ni ko tak kesahkan pulak ye kamal ali? smpai nmpak bukti yg bdk2 GM je yg salah....lantang ye ko mgutuk cara belakang, ade berani selesai lah elok2, cakap depan2 bagitau apa yang ko tak puas hati...setakat bukti rapuh tak gune..

DAN untuk pengetahhuan ko, manusia2 yang berjuang demi agama, BUKAN setakat berjuang dalam kampus je...so ada logik lah kalau budak2 tu semua kembangkan perjuangan AGAMA tu sampai ke luar..AGAMA BUKAN UNTUK DIMARTABATKAN DALAM KAMPUS wahai saudaraku yang tercinta! AGAMA ISLAM tu WAJIB WAJIB WAJIB diperjuangkan untuk sepanjang zaman..mafhum?

Ko kate diorang gunakan tiket agama sebagai agenda perjuangan? Berani betul ye ko nafikan niat mereka ni.. ko betul2 siasat ke? buktinye mane? sangat la HINA seseorang yang meragui niat orang lain...niat seseoarang dalam hati, ko takkan tahu melainkan tuhan, Biarlah Tuhan je yang TENTUKAN... perlu ke ko nak dakwa diorang menggunakan tiket agama ni kalau dah terang2 majoriti daripada diorang lah yang selama ni membangkitkan suasana islamik di kampus, mengimarahkan surau,buat program kerohanian dsbgnya..anda tak buta kan?
BETULKAN NIAT ANDA SEBELUM MENAFIKAN NIAT ORANG LAIN..

Jadi sudah-sudahlah membangkitkan agenda menjatuhkan dan memburukkan orang lain. AGAMA ISLAM tak mengajar macam tu..jangan nak tuding jari kat orang lain..teguhkanlah taklifan ko tu sebagai pemegang porffolia kerohanian demi menegakkan agama tuhan... malu kalau insan lain lihat manusia mcm ko mendedah, mencanang, mengumpat, mencela, mencaci keburukan manusia lain.. lebih MALU kalu orang macam ko seorang yang menghafal hadis nabi tapi duduk mengutuk, mencarut sana sini. apatah lagi kalau tak pernah sentuh @ hafal hadis.. macam joyah spot kat akhbar tu...

apa yang terbaik untuk ko hanyalah JAGA IBADAH SEBAIK MUNGKIN, PEGANG AMANAH YANG TELAH DIBERI dan wujudkan suasana islamik @ KEROHANIAN yang ko perlu juangkan di kampus ni.. itu sahaja! kalau dah sempurna tugas ko tu baru la ko bukak mulut..

INGAT..KO PEGANG PORTFOLIA KEROHANIAN.. JADI TAK SESUAI KO BUAT KERJA MENDEDAH, MENCANANG, MENGARUT KEBURKAN ORANG LAIN MACAM YANG KO BUAT NI...

Pegi susun jadual merangka aktiviti @ program kerohanian dengan SEMAKSIMA mungkin....mafhum kalami?
syukran jaziiiiiiilannn....

assalamualaikum tuan haji pak sheikh kamal ali....

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, April 21, 2010 )

Salam...sudah la tu Tuan Kamal..Lagu blog ni sedap dah...tapi rasanya tak sesuai dgn blog ni..lagu ni sesuai untuk pejuang Islam...muhasabah kembali diri nta...sebelum aib nta lebih bnyk terbuka...

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

assalamualaikum wahai semua kaum muslimin dan muslimat yang membaca mahupun yang berkunjung ke dalam blog kamal ali nie...
pertamanya,tahniah diucapkan kepada anda kerana telah dilantik secara rasmi sebagai exco kerohanian PMUKM sesi baru ini.
setelah membaca semua komen-komen yang telah diutarakan oleh anda dalam membuat entri ini.saya terfikir satu perkara.adakah kita sebagai mahasiswa yang telah terpilih dan boleh dilabelkan sebagai salah seorang yang mungkin intelektual,adakah patut semua ini diuar-uarkan lagi sedangkan apa yang telah dikecapi adalah mungkin hasil titik peluh bersama selama beberapa minggu masa PRK yang dulu??..
isu-isu remeh ini sangatla tidak patut dibuat pada entri anda ini.bagi saya, anda sebagai suara-suara mahasiswa haruslah memikirkan dan turun padang untuk mengetahui apakah maslah yang dihadapi dan sebagainya bukannya buat perkara sebegini yang saya rasa membuang masa.bukankah sepatutnya masa anda itu digunakan untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih berguna dan dekat dengan mahasiswa mahasiswi kampus UKM ini??..
bukan saya menyokong mana2 pihak.tapi bagi saya memang patut diperbanyakkan program2 islamik dalam kampus kita ini.tapi encik-encik dan cik2 pengomen sekalian,kita harus pandai menyeimbangkan antara dunia dan akhirat.bukanlah semua program yang dibuat itu melalaikan sampai kita semua sudah lupa akan sipapa tuhan kita. bagi saya,jika perempuan menari itu mungkin HARAM,saya tidak pasti.tapi tidaklah semua program yang dijalankan dalam kampus ini melalaikan.hanyalah berpada2.adakah kalian semua melihat semasa program itu berlangsung,ada yang meneguk arak, atau membuka baju atau melakuikan perkara2 sumbang??..jika bagi saya,gunakan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan yang membenarkan konsert jomheboh dijalankan buat kali pertama tetapi harus diasingkan antara penonton lelaki dan wanita serta yang berkeluarga.kalau adalah yang dh berkeluarga.bukankah itu lebih mesra yang lebih menjerumus kepada mengurangkan masalah2 yang diutarakan oleh kalian semua??..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

lagi satu,saya ingin bertanya adakah jika seorang perempuan itu ingi berdakwah melalui lagu2 beliau,adakah itu juga dikatakan HARAM??.mungkin kite tidak mahu melihat penyanyi2 yang mendedahkan aurat dan sebagainya untuk terlonjak2 dan menyanyi macam orang gila,,tapi perlu ingat,bukan semua perempuan yang menyanyi macam itu.jaga perkataan kalian jika kalian rasa kalian di jalan yang benar.harus mengetahui seperti yang diberitahu siasat semua dulu baru bersuara.
nasihat saya kepada saudara kamal ali..perbanyakkan program yang menjurus kepada islamik dan perlu mencari masa2 yang sesuai kerana keseluruhan mahasiswa/i di kampus ini bukanlah belajar pada waktu dan ketika yang sama.perlu pandai meneliti dan mencari kelemahan diri sebelum menuding jari kepada sesiapa pun.
kepada yang mengomen,jangan terlalu menuding jari kepada setiap orang yang pada mata anda mereka yang bersalah.jika anda rasa tindakan anda itu betul,mengapa tidak disuarakan??..bukankah kita ini negara demokrasi.adakah kita dipilih untuk menghuni kampus ini dan saling berbalah dan menuding jari kepada pihak2 tertentu yang bagi kita saja mereka bersalah?.
sebagai seorang yang intelektual,saya rasa semua harus bersatu.mengapa perlu mengikut apa2 shaja diluar sana sedangkan kita sendiri masih kabur tentang kebenarannya?.jangan hanya membaca dan melihat sahaja sudah mencukupi untuk kita mengatakan yang itu betul dan yang ini salah.berpijaklah pada bumi nyata bahawa kita semua adalah bakal pemimpin masa hadapan.jika inilah yang kita tunjukkan,saya rasa kita sudah jauh terpesong.tidak salah untuk melibatkan diri dengan pihak luar dan umur kalain pun sudah cukup,tapi haruslah berpada2.bukan membuta tuli dan menjadikan ianya sebagai pegangan.adakah kita semua tahu akan apa yang ada di dalam hati setiap manusia?.hanya Allah yang Maha Mengetahui.jadi jangan sesekali menuduh yang itu betul dan yang ini salah.harapan saya semoga PMUKM sekarang ini dapat merangka program2 yang lebih menjerumus kepada mahasiswa dan sebagainya kerana kebanyakan mahasiswa sekarang menganggur.perlu diperbanyakkan perbincangan dan berfikir di luar kotak bukan hanya duduk dikerusi masing2 dengan selesa tanpa melakukan apa2 kecuali menghabiskan duit para mahasiswa/i dengan melakukan program2 yang langsung tidak ada kaitan dengan mahasiswa/i. kami telah berhempas pulas untuk memastikan anda lah yang terbaik dan patut dipilih,cuma mengharapkan anda melakukan kerja sebagai yang telah diamanahkan kepada anda.jangan hanya duduk sebagai tunggul dan hanya menghabiskan duit universiti.
kepada yang lain,negara demokrasi membenarkan semua pihak untuk bersuara cuma jangan sampai menumpahkan darah sahaja.
kita memang selangkah menghampiri kepada akhir zaman,tapi ingatlah hanya iman dan amal sahaja yang boleh membantu kita selamat di akhirat kelak.jangan hanya menuding jari jira 4 jari yang lain terkena pada diri kita sendiri.jadi renung2 kanlah semua.asalkan apa yang kita lakukan tidak terpesong dari peninggalan rasullah,Al-Quran dan sunnahnya.sudah cukup memadai kita sebagai hamba Allah yang hina dimataNya.kepincangan kita umat Islam sendiri adalah disebabkan oleh kita sendiri yang suka akan pergaduhan2 kecil yang akhirnya akan membawa padah pada diri kita di kemudian hari....
FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL SEMUA...............

Posted by orang kuat ( Khamis, April 22, 2010 )

salam.... macam ni jer lah..... bukti jelas terpanpang..... nak komen apa lagi..... nak kutuk2 apa lagi.... bila si GM buat salah tak nak mengaku... malah terus menerus tuduh tu lah ni lah.....boleh bla lah...... siiiiiiiiiiiiiiiiiiii GM.,........ nak berpolitik dalam kampus sudah....

muka aku pun masuk sama dalam ni..maaf la encik kamal ali, kamu ini mahasiswa. mahasiswa kena ideologi yg diperjuangkan. apa masalahnya jika cakna dgn isu semasa. prk dll. hang tak senang duduk ke? jangan la habis belajar nanti jd robot kerajaan. hang punya akaun fbook pun byk bukti dok terlibat politik sama..ceroi..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

sy cuba utk memahami aspirasi...mahupun Gm...(soal politik tolak ke tepi)jelas..,Gm byk m'bwa sya kpd mengenali Allah...menyeru kepada kebaikan..Aspirasi...???...tidak perlu sy nyatakan..semua sedia maklum,... dgn penyelewengannya... dgn penindasan kpd pljr2 thn1..sy cabar anda en.kamal!!! jika pemimpin2 Aspirasi blh menandingi Gm.., dlm soal agama,sy akn m'jd slh s'org penyokong kuat Aspirasi..sy nak tengok,pemimpin Aspirasi mengadakan byk program2 agma..ilmiah... ahli2 Aspirsi sendiri yg m'jdi imam... yg perempuannya pula...bisa bertudung labuh,memakai stokin...menutup aurat sptmana ahli2 Gm..tiada dilaksanakan program2 maksiat...menunjukkan cth teladan baik.. sy takkan nampak (p) dan (L) aspirasi...xmenjaga adab pergaulan..bertepuk tampar...berdating...berdua-duaan..membonceng motor...menitikberatkan solat...& semuanya cuba..!!! ikut landasan Islam... sy cabar anda..!!sy cabar semua pemimpin2 Aspirasi..SAYA CABAR!!! SAYA CABAR...& MENDOAKAN YG TERBAIK BUAT ASPIRASI... smga diberi hidayah Allah...jgnlah memulakan persengketaan sesama ISLAM.... lagu tema blog ini dah sedap...isi kandungan blog pulak kurang sedap.. kalu blh, len kali..masukkan isi2 yg b'bentuk islamik.. program2 Aspirasi yg b'bentuk agama & ilmiah..program2 m'banteras maksiat (itu pun kalau ada.. (-_-!)~ penghayatan anda kurang......maafkan sy...mmg ini yg nampak jelas...pada pandangan sy,..pelajar thn1..dan teman2 lain,tidak kira muslim/non-muslim... Wallahua'lam..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

Salam.. Ape slahnya nk berjuang kat dlm atau kat luar kampus? Bumikan besar.. Takkn nk terkurung dlm pagar ukm je.. Mahasiswa xperlu berfikiran sempit.. Kite perlu bebas.. Lg pon bukti2 anda di ats jelas lg nyata menunjukkan bdk2 gm ni perjuangkn agama..

Tambahan :

Sepatutnye org yg yg Hafaz Al-Quran la layak jd pemimpin..

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

artikel yg bakal MAKAN DIRI tuan blog dan aspirasi sekali..
hahaha.....mmg cmni perangai umno............
bongkar org mnum arak, tgk2 sume kaum kerabat dia mnum arak.....
klaka la ko ni..mcm bdak2 pn ada......
ingtkn naik exco kerohanian, baik ckit......
tgk2, lg terserlah kebudak2an ko..........hahah

lantak pi la kalu pastv nk record idris yusuf speech...nama pun berita..bukannye utusan mengarut...ko dengkike???lagipun idriss cakap sal APCO...ko tau APCO ape???mana maruah ko orang islam kalu setuju dengan APCO??2 pendirian mahasiswa ISLAM...salah ke??jgn jadi cam budak kecik yang x tau pape...tengok pada jawatan dlm PMUKM,igtkan cerdik la...padahal tuhan saje yang tahu...2 pun x pandai nilai ke??buat rugi hang jd exco PMUKM kalu ni je kerja yang ko mampu buat...kondem org sane sini ape yang ko buat selame ni??jadila cerdik sikit...wei,bukan aku x tau ape tu TSB...jgn duk berlakon la kamal ali woi...buat malu PMUKM je ade exco cam ko ni...kalu betul ko berpegang pada prinsip mahasiswa tulen TOLONG TARIK BALIK POST KO NI...ini bukan kerja mahasiswa tapi kerja barua UMNO....

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

salam...lagu blog ni bezz tp x kene dgn blog ni..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

Salam kamal..apalah yang ko merepek dalam blog ko ni...tak padan ngan muka ko yang ntah mcm mane nak ckp..sblm ni aku respect ko, tapi skrg..blah la..x padan ngan jwtn yg ko pegang..isyhtifar la ko byk2...aku lebih suka ust deris ngan ust fikah 100x drpd ko tau x..diaorg yg byk jlnkn xtvt dakwah dlm n luar kampus..ko pulak??? Dok tercongok kat kerusi putaq2..mcm ni lah, ltk jwtn cpt2,g blaja byk lagi..x de ilmu x yah nak sibok2 jd pemimpin pelajar..ko tu x layak..pg blaja byk lagi ek..sian la ko ni..sian umat Islam kalau dpt pemimpin cam ko ni..erm,lagi satu..bole tukar x lagu tema blog ko ni..x sesuai ngan blog ko la..x tahan aku dgr..aligato..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

ha...jawab2.....bnyak tol y bangkang ko.....
brani jawab a...wat lg 1 post....tunjuk lagi bukti ngn gambar...bes lak ak tgk...hahahahaha.....

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

salam. bile mule2 bukak blog ni, nampak hebat dengan lagunya. tapi bile bace postnye, mcm x kene.. ish33.. saudara sibuk mengatakan GM melibatkan diri dalam politik luar, tapi x nak bongkarkan kisah sendiri. saya pernah dapat mesej jemputan dar aspirasi untuk join program UMNO!!! da la salah bagi kt orang yang x suke aspirasi.. kantoi!! ingat saya x taw ke, orang2 aspirasi pun pemuda UMNO. ish22.. taw nak menuding jari je. kalo nak kata diri sendiri betul, saya cabar saudara suruh PM tarik balik persetujuan die terhadap APCO. depan Obama dok setuju je. depan Allah nanti, dok terketar2.. wallahua'lam~

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

ape tjuk lagu blog ni???

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

kepada yang empunya blog ini...
sepatutnya anda tidak boleh bercakap sendirian hanya meluahkan di blog ini...
- kita mahasiswa perlu peka dengan keadaan d dalam kampus mahupon luar kampus..ini membuka minda kita, supaya keluar dari bumi UKM ini tidaklah terpinga2 dengan keadaan luar...x salah rasenye klu mengikut pilihanraya..

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

SALAM SATU UMAT...

BAGUS KAMAL ALI! TERUSKAN POST ENTRY YANG MACAM NI....

MASUKKAN LAGI BANYAK GAMBAR2 MAHASISWA YANG BERJUANG MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM KAT LUAR KAMPUS...

SEKURANG-KURANGNYA RAMAI YANG TENGOK DAN TAU BETAPA PERITNYA MEREKA BERJUANG DEMI AGAMA TUHAN....

DAN AKHIRNYA PUAK2 KAMU YANG BACA POST KAMU NI AKAN MULA SEDAR DAN TERTARIK PULAK NAK JUANGKAN AGAMA SAMA-SAMA DENGAN BDK2 GM...

INSYAALLAH SUATU HARI NANTI PUAK2 KAMU SENDIRI YANG AKAN TINGGALKAN ASPIRASI..

DAN SEPATUTNYA KAMU BANGGA BUKAN MENGUTUK SEBAB DIORANG TU BEJUANG SAMPAI KE LUAR KAMPUS.. KAMU TAK MAMPU BUAT, BIAR LAH DIORANG BUAT...

INSAFLAH DIK YE?

WASSALAM...

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, April 23, 2010 )

Salam Kamal..
saya rasa awk masih terlalu muda untuk berkata2 mengenai isu seperti ini.. Tunggu lama sket dlm UKM, InsyaALlah klu Allah buka mata anda, anda akan nmpk kebenaran.. Harap anda dpt kaji lagi.. jgn dipermainkan oleh mereka2 yg hanya mengambil kesempatan pada anda.. semoga Allah membukakan mata hati anda untuk melihat kebenaran klu niat kita dibtulkan..

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, April 23, 2010 )

kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga...kita berhujah adakah fakta itu benar dan tepat??watch your word..political is tough than u think...anda hanya pandai bermain wayang sahaja....jangan cepat melatah..kalau anda telus berikan komitmen anda mendahului pihak di seberang sana...

Al-Hujurat ayat 12:

“Hai orang-orang yang beriman (yang beragama), jauhilah
kebanyakan prasangka (buruk), karena prasangka (buruk) itu DOSA! DAN JANGANLAH MENCAR-CARI KEBURUKAN ORANG dan janganlah berbuat ghibah /menggunjingkan (MEMBICARAKAN KEBURUKAN) satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang..

RENUNGKAN...
SESEORANG YANG MEMBICARAKAN KEBURUKAN UMAT YANG LAIN, DIA UMPAMA MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI YANG SUDAH MATI....

Wallahu a'lam bissowab..

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, April 23, 2010 )

Salam saudara. perkataan 'hipokrit' yg digunakan swenangnya adlah slah krn maknanya = (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik [Kamus Dewan Ed. 4]
lagipun, org yg berjuang & bersuara apabila kerajaan ditunggang oleh Yahudi nak kata hipokrit plak, apa barang? pike dulu sebelum tulis daaaa!

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, April 23, 2010 )

SALAM KAMAL...BETULKAN EJAAN 'mengekspoloitasi' TU KEPADA MENGEKSPLOITASI K..ADE BLAJA MENGEJA KE???? NAK EJA PUN TAK PANDAI..KO BUDAK MASSCOM KAN, SLALU NAMPAK KO PAKAI SONGKOK, INGATKAN ALIM SGT, BERFIKIRAN ISLAMIK..RUPANYA COP JE..TAK PE2..TERUSKAN..MASUKKAN BYK LAGI POST EK..SERONOK LAK NAK KOMEN BANYAK2..LUPE NAK GTAU, AKU MASSCOM GAK...TAPI X LA SAMPAI NAK BERLAGAK CAM KO..KO PEGANG POST APE TADI?? KEROHANIAN EK?? BUKAN NAK RENDAHKAN..DAH X DE MPP LAIN YANG LEBIH BAIK KE..SETAHU AKU ADE JE MPP YANG MAJOR AGAMA..X LEH SURUH DIA PEGANG KE??? UST SYAFIQ TU OK APE, UST ZAIM, UST FAIZ KE..RAMAI JE..TIBE2 KO PULAK..APE BARANG KO TU..LEBIH ARIF, NI NAK TULIS BLOG PUN MELALUT..NAK BUAT PROGRAM DAKWAH LAGI LA..JAUH BUMI DARI LANGIT..ALAHAI, TEROK BEBONA..TENTANG BLOG NI PULAK, BAIK KO BLAJA DRPD AKU DULU...JOM, KITE BLAJA SAME2..LAGI SATU, TOOOOLLLLLOOONNNGGGG SANGAT,TUKAR LAGU TEMA OK...LAGU SEDAP, BLOG KO NI JER YANG MEREPEK..LAGU PALESTIN TU KAN..HABIH TU YANG KO P HENTAM ORG YG ANTI APCO TU, AWAT?? BUKAN LAGU KO NI NAK SELAMATKAN PALESTIN EK?? BERJIHAD JE BUNYINYE..TAPI COP2 KO KELUARKAN MUKE UST DERIS NGN UST FIKAH..X PE GAK..HANDSOME GAK DIORG TU...KO G TURUN SEKALI, KAN NAK SELAMATKAN ISLAM...JOM2..INGAT LIRIK LAGU NI..UTKMU JIWA2 KAMI, UTKMU DARAH KAMI..UTKMU JIWA & DARAH KAMI, WAHAI AL-AQSHO TERCINTA...TGK KAT SINI LIRIK DIA K..HAFAL2..http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1500/shoutul_harokah-palestina_tercinta.html..HAYATI YE SANGGUP X NAK KORBAN..

Posted by Tanpa Nama ( Ahad, April 25, 2010 )

"cara yg plg baik adlh b'bincg @ b'debat bkn dgn membicarakn buruk satu phk shj spt ARTIKEL yg ditulis,apath lg didedhkn identiti tertentu.."

"apa gunanya mengusung kebenaran andai kiranya ia mmbawa perpecahan, ibarat kamu mendorong mereka bertelingkah"

"mahasiswa punya akal & ilmu membezakn baik dgn buruk.tidak wujud istilah mahasiswa ditipu melainkn ada bisikn jahat yg mghasut"

"berdiam itu lebih baik drpd mnjdkn sesama umat b'telingkah, ttg kbnrn serah pada tuhan..itu lebih baik utk tidak mndorong manusia kpd dosa.."

maaf ats tegurn..renungknlah...

Posted by Tanpa Nama ( Selasa, Mei 04, 2010 )

kutuk mgutuk
mmg la adat kan
ape2 pon aku sokong idris yusoff
sokong org yg pntingkn akhirat
bkn yg pntigkn duniawi....
hidup ustz idris....

Posted by Tanpa Nama ( Selasa, Mei 04, 2010 )

bongok tul
lagu tema palestin konon
tp mhentam org yg boikot yahudi
agak tolol sbnarnye ko ni
u should learn more how to bloggig
ish2
sedih r wujud gak manusia cam nih...
ramai je pngkomen kat ats ni yg nhentam ko
tp ko snyap je
speechless r tu
tu la pasal, lain kali jgn hentam org sesuka hati
bdosa x tntu pasal apb mgaibkan sseorg itu scara umum
tp ni bkn kes mgaibkn.
tp lbh kpada pnipuan aku rase...
hmmmm kalau ko berani, balas balik stp kata2 pkomen kat cni.
assalamualaikum

Posted by Tanpa Nama ( Selasa, Mei 04, 2010 )

woiii. kamal ali.
ak x puas ati ni..
apsal ko lanyak fikah tu?
dia kan mantan.
bknnya mpp skang..
ko ni buat ak bnci r..
kononnya lantag bsuara.
tp jahil...
sorry to say...
ak skong anonymous kat ats ni..
so ko jwb la balik stp org yg komen ko...
nk tgok gak sjauh mana kbraniaan ko..
ak x skog gm. xsokong gak aspirasi
tp bg ak bnda yg ko tulis ni xadil.
bla kaum2 gm turun pdg atau bkait ngan parti politik pbakang, cepat je korg nmpak.
tp kalo kaum2 korg yg turut sama ke politik luar, ad ko publish?
muka mcm ntah apa2 ntah.
ak cabar ko bls balik smua komen2 kat ats ni.
tu pun kalau ko berani
n kalau ko rasa ko d pihak yg benar.

Catat Ulasan