Helah GMUKM mainkan isu demi kepentingan sendiri

saya sudah bosan melihat pakatan atau pertubuhan yang menggelarkan diri mereka GMUKM walaupun tidak pernah didaftarkan yang sentiasa memainkan sentimen keagamaan dan membayangkan seolah-oleh mereka ditidas oleh pentadbiran UKM.

dengan biadapnya pakatan GMUKM ini mencemarkan maruah UKM apabila Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melangkah masuk kampus kita yang tercinta ini hanya untuk mengawal tindakan-tindakan liar penyokong-penyokong pakatan GMUKM ini. saya sedih dan kecewa yang ditangkapnya bukan pimpinan GMUKM itu tetapi teman se blok saya di kolej ini. sahabat tahun satu itu tahu apa? hanya sekadar ikut-ikut tetapi dia yang ditahan olh anggota FRU. mana perginya ke"jantanan" dan kejaguhan pimpinan GMUKM yang gah melaungkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap kewibawaan Varsiti Kita ini.

itu baru satu hal. untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, MPP dari GMUKM tidak berdaftar ini telah mereka cipta Letter Head sendiri bagi melambangkan keangkuhan dan kesombongan mereka. kalau kita tanya mengapa tidak gunakan letter head PMUKM sahaja mereka akan jawab PMUKM lepas tidak mahu beri kerjasama sedangkan mereka tidak pernah meminta untuk bekerjasama. Jadi apa yang saya lihat disini hanyalah satu cara mereka menjaja nama dan mengharapkan publisiti semata-mata tanpa niat yang ikhlas. saya tunjukkan letter head rekaan MPP GMUKM yang hanya mengharapkan publisiti murahan.pada sesi ini mereka (MPP GMUKM)sibuk menjaja nama baru iaitu MPP Mahasiswa. saya ingin bertanya apakah MPP lain (selain MPP GMUKM) bukan terdiri dan dipilih oleh mahasiswa? kalau kita tanyakan soalan ini mereka akan jawab mereka tidak punyai pangkat dan posisi didalam kabinet PMUKM justeru mereka digelar MPP mahasiswa. Anda boleh lihat sendiri agenda tersembunyi disebalik mainan politik yang dimainkan oleh MPP GMUKM ini. politik murahan ini harus diTOLAK secara TOTAL oleh semua mahasiswa demi keunggulan dan kesuburan satu sistem politik kampus yang gemilang.



saya hanya tersenyum takkala gambar saya "dibuang" ketika berdiskusi dengan pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang tidak lama dulu. yang mereka pamerkan hanya gambar MPP Fakulti Undang-Undang saudara Ou Yong Koh Beng sedangkan saya berada disebelah ketika itu. saya dapat hidu bahawa MPP GMUKM ini hanya inginkan Mahasiswa/i UKM melihat hanya mereka yang bekerja dan MPP lain seperti saya ini tidak.Klik sini untuk melihat sendiri betapa "Murninya" hati GMUKM ini. jadi fikir-fikirkanlah wahai sahabat..



bagi semua rakan-rakan mahasiswa saya ingin nyatakan bahawa tolonglah jangan mudah terpedaya dengan politik kangkung GMUKM ini. saya sememangnya tidak punyai masalah dengan barisan MPP dari GMUKM. Tetapi apa yang saya tidak "kuasa" nak melayan ialah tipu muslihat GMUKM itu sendiri. perhatikan ayat saya bahawa saya tidak punyai masalah dengan kepimpinan GMUKM tetapi pakatan itu bukan orang dalam pakatan itu.

06 April 2010 at 2:10 PG , 0 Comments


Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

05 April 2010 at 1:49 PTG , 0 Comments

Program UniMAP tidak dapat pengiktirafan

Terkejut, geram, sedih dan terkedu. itulah yang penulis rasakan apabila melihatkan pernyataan bahawa sebanyak 16 program di universiti malaysia perlis (UniMAP) tidak mendapat pengiktirafan oleh MQA. menurut sumber tersebut hanya dua (2) program sahaja yang mendapat pengiktirafan dan 'laku' dipasaran kerja.

apa nak jadi dengan sistem pengajian tinggi negara ini?? klu pusat pengajian swasta (IPTS) yang tak dapat pengiltirafan bolahlah diterima ini IPTA yang dijana sendiri oleh kerajaan. memang tak masuk akal.

terdapat suara-suara yang menggesa menteri pengajian tinggi Dato Seri Mohamed Khalid Nordin meletakkan jawatan dan Naib Canselor UniMAP Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin untuk turut berbuat demikian disebabkab ketidak pekaan mereka tentang nasib anak-anak muda yang menuntut disitu.

perlu diingatkan bahawa mereka belajar bukan percuma dan perlu membayar balik pada PTPTN selepas bergraduasi. jika program tidak diiktiraf, mana mungkin pasaran kerja mahu mengambil mereka. Menteri pengajian tinggi dan NC UniMAP perlu bertanggungjawab dengan masalah ini. tiada gunanya memegang jawatan besar andai nasib rakyat (pelajar) diabaikan.

penulis mengecam sekerasnya kealpaan dan kelalaian kedua-dua manusia ini yang mengadaikan nasib mahasiswa. selaku mahasiswa yang memahami situasi dan keadaan kehidupan kemahasiswaan, penulis berharap ada pihak yang bertindak. jangan pertaruhkan masa hadapan muda-mudi negara ini.

04 April 2010 at 5:45 PTG , 0 Comments

TAFSIR SURAH AR-RAHMAN

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

at 4:24 PTG , 0 Comments