Perjuangan yang Belum Selesai

rakan-rakan sekalian... saya amat tertarik dengan semua komen, pandangan dan kritikan anda semua.. saya bercakap dan menulis atas fakta yang sebenar. saya punyai bukti dan hujah yang akan dapat menyokong hujah dan bukti saya.

kepada ahli-ahli GMUKM yang xdapat menerima kenyataan, ayuhlah muhasabah diri kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan pakatan GMUKM yang ternyata hanyalah satu pakatan yang direka cipta utk memperkudakan anda semua.

saya berdoa agar satu hari nanti pintu hati anda akan dibukakan dari kejumudan yang melampau ini demi satu kebenaran yang hakiki. ketahuilah saya tidak bermusuhan dengan anda, saya paparkan bukti-bukti dalam blog ini untuk menunjukkan kepada anda agar dapat menjadi satu batu loncatan untuk anda muhasabah diri dan renung peribadi.

saya amat yakin dan pasti bahawa selepas ini saya dan mungkin rakan-rakan MPP lain dari saf Aspirasi akan dijatuhkan maruah, imej, Personaliti dan mungkin harga diri demi perjuangan penuh kepura-puraan GMUKM. Malah bukan kita tidak tahu betapa rakusnya GMUKM menidakkan maruah rakan-rakan kita dahulu. mungkin itu sahaja jalan untuk mereka meraih undi dan sokongan dari mahasiswa/i UKM yang terus-terusan ditipu oleh mereka.

saya akan sedaya upaya bersedia menghadapi semua provokasi dan niat jahat serta agenda GMUKM yang pastinya tidak berlandaskan islam yang dicanang-canangkan itu.

saya tidak bermusuhan dengan anda wahai sahabat di GMUKM. jika anda fikir tulisan saya di blog ini untuk menjadikan saya musuh maka terpulang.

saya tidak gentar dan takut untuk perjuangkan apa yang benar.

TAKKAN SEKALI BERUNDUR kerana Perjuangan ini Belum Selesai.

22 April 2010 at 1:38 PG

12 Comments to "Perjuangan yang Belum Selesai"

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

smkin sy baca blog anda smakin sy sedih.. ironicnye.. sy xnk la bca.. nk exm ni.. gud luck exam..

kite tidak boleh tahu smuenye jika sekadar melihat atau mendengar.. cubalah berjalan, melihat dan mentafsir..

ps/: semoga Allah buka pintu hati saudara..

salam.. wah, kau memang "pembenar".. memang kau la yang betul. teknik meraih simpati yang baik. Dan teknik menampakkan yang kononnya kau adalah orang yang dizalimi.. mmg benarlah kau ni bangsa aspirasi.

Kalau berani dan benar, buatla kenyataan media. dan berdepanla dengan profesional dengan budak2 GM tu. Baru anak jantan. Kalo setakat tulis, lepas tu lepas diri.. sama la kau penakut macam sarfa

Bersemukla kalo anak jantan.. tp, aku tau yang kau x kan buat mcm tu. sbb penakut. Sama la kau mcm UMNO sbb UMNO pun penakut nak debat dengan PAS, PKR, dan DAP... alasan diorg pun sama macam kau. HAHAH !!!

salam.. wah, kau memang "pembenar".. memang kau la yang betul. teknik meraih simpati yang baik. Dan teknik menampakkan yang kononnya kau adalah orang yang dizalimi.. mmg benarlah kau ni bangsa aspirasi.

Kalau berani dan benar, buatla kenyataan media. dan berdepanla dengan profesional dengan budak2 GM tu. Baru anak jantan. Kalo setakat tulis, lepas tu lepas diri.. sama la kau penakut macam sarfa

Bersemukla kalo anak jantan.. tp, aku tau yang kau x kan buat mcm tu. sbb penakut. Sama la kau mcm UMNO sbb UMNO pun penakut nak debat dengan PAS, PKR, dan DAP... alasan diorg pun sama macam kau. HAHAH !!!

Posted by masih keliru ( Khamis, April 22, 2010 )

Assalamualaikum..

wahai saudarku, saya masih tertanya dengan pendedahan saudara itu, dan dimana pendirian saudara. mungkin saya rasa saudara perlu jawab apa yang saya nak utarakan, baru saya nie jelas apa yang hipokritnya saudara maksudkan. disini beberapa persoalan yang saya nak tanya

pertama saudara dengan yakin, saudara benar berdasarkan fakta2 yang saudara keluarkan. menarik juga statement saudara. cuma satu persoalan yang timbul benarkah saudara FIkah sanusi itu tahun 3? adakah terdapat dua orang FIkah sanusi? minta saudara jawab dengan telus

Kedua, saudara berhujah , kita mahasiswa, dan pelajar tidak berhak menyokong mana-mana Parti politik, malahan UKM pernah mengeluarkan pekeliling tentang isu ini, artara

Tiada seorang pun pelajar Universiti ini dan tiada pertubuhan , badan atau kumpulan pelajar Universiti ini yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menjalankan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menjalankan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadapmana-mana parti politik (Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971Pindaan (2009).

tapi sebaliknya , apabila saya melihat kat facebook anda, pada 21 April 2010 jam 9.13 malam . menunjukan saudara sendiri melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti. banyak group yang saudara sertai ialah UMNO dan Group yang menunjukan sokongan terhadap UMNo. dan saya ingin bertanya kepada saudara bagaimana saudara fahama arahan di atas. malahan jika tengok komen saudara di shoutmix chat, beria2 menuduh pihak GM ini dengan parti pembankang , malahan artikel saudara sebelum ini, isu ini saudara hendak mengambarkan bahawa GMUKM ini hipokrit. bagaimana pulak keadaan saudara dalam isu ini?

Posted by masih keliru ( Khamis, April 22, 2010 )

sanbungan..

Ketiga, saudara sebagai setiusaha dan juga memegang potfolia kerohania, beberapa persoalan yang ingin saya ajukan. berdasarkan statement saudara sebelum ni, dengan yakin dan berani, saudara merasakan bahaya GMUKM ini mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau dengan kata lain mengunakan agama untuk bergerak atas tiket institusi mahasiswa. Menarik statement saudara, disini boleh saudara buktikan benar--benar apa yang dipermainkan, saya lihat hujah saudara, hanya meletakan satu, dan dua bukti yg mennunjukkan kaitan 2 orang yang mewakili gmukm terlibat dengan parti luar. dan terus saudara membuat andaian, GMUKM mempergunakan agama. saya lihat itu bukan hujah itu hanya sebagai andaian tanpa menunjukkan bukti yang kukuh. Malahan jika hendak kaitkan dengan politik luar ramai dari kalanagn aspirasi ini dengan umno w/pun cuba nak mengeliru UMNO itu kerajaan, saya malas nak dedahkan disini pendokong aspirasi lain, cukuplah saudara jawab fakta yang saya dedah melalui FB saudara tersebut. itu realitinya, bukannya saya kutip fakta-fakta tepi jalan tapi melalui Group FB saudara sendiri.

dalam isu mempergunakan agama, tersebut saya lontarkan persoalan kepada saudara, Pastinya saudara setuju dengan saya, hampir semua organisasi berteraskan agama Islam pastinya budak-budak GMUKM ini merupakan pengerak utama, tidak kira kolej, anak negeri, fakulti atau persatuan lain. Adakah saudara melihat , mereka ini mempergunakan agama semata-mata. kalau begiru saudara berpendapat pastinya saudara juga program keagamaan diUKM ini pernuh dengan hipokrit tetapi program berunsur hedonismelah yang sebenr2 program keran jelasnya, kebanyakan pendokong aspirasi yang melaksanakan program tersebut.

dan sebagi yang bertanggungjawab terhadap program kerohanian bolehlah saudara dedahkan puak2 aspirasilah yang benar2 melaksanakan program agama dan menetng program yang menentang budaya keintelektualan. Tolong buktikan disini, supaya membuka mata kami, saudarakan sering berhujah saudaralah bercakap atas fakta, jadi keluarkan fakta. buktikan aspirasi yang benar2 pengerak berlandaskan al-Quran dan sunnah dari segi berpersatuan dan perlakuan. buktikan aspirasi terkehadapan dalam soal ini. barulah hipokrit tue x berlaku dipihak saudara.

saya mengharapkan penjelasan dari saudara, sebagai seorang yang diamanahkan dengan taklifan tersebt..pastinya saudara lebih FAHAM agama dari kami budak GMUKM nie.. sebelum tu sama-sama kita renung hadis ini, moga kita tidak tergolong dikalangan ini

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” - (Hadis riwayat Bukhari)

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 22, 2010 )

bukan masalah utama GMUKM atau ASPIRASI yang pnting prjuangan Islam tu...yg utama......sya akan myokong ASPIRASI UKM klw pihak ASPIRASI ader ciri2 nk mndukung syariah Islam dlm pntdbiran,,dan bukan mncampurkan agama dgan aktiviti2 yg hnya meliberalkan khidupan seorg Islam..cube ckp aktiviti agama aper yg dianjurkan oleh ASPIRASI.....tu pon 1 sem 1 kali..mcam mner... sya menanti exco kerohanian PMUKM buat prubahan ...islam di utamakan....

Posted by Tanpa Nama ( Jumaat, April 23, 2010 )

GMUKM macam gampang.. sori la kalo terase.. pemimpin2 GMUKM, sila kawal anak buah anda.. aku rase pemimpin2 GMUKM ni ok je.. cume anak2 buah die je pernagai sekor2 macam lahanat.. asyik2 cari gadoh.. antara ayat2 yg sering digunakan anak2 buah GMUKM : "kalo berani setel luar la weii!!"... samseng btol.. kpd kepimpinan GMUKM : seblom rase nak pimpin UKM ni, pimpin dulu anak2 buah anda.. suruh jage perangai leklok cikit.. aku benci GMUKM sbb anak2 buah die perngai macam sampah. 2 je..

malas nak beri komen.
suatu hari kalian akan sedar kebaikan dan keburukan daripada semua ni.
kerana setiap sebab akan melahirkan akibat.
wallahualam.

Posted by budak kajai kena buang ( Sabtu, April 24, 2010 )

Salam pak haji lebai syeikh kamal. cenggini entri ko. ler! frust aku baca!!! ak nak analisis sket wacana entri ko yg baru nih.
'...ayuhlah muhasabah diri kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan pakatan GMUKM yang ternyata hanyalah satu pakatan yang direka cipta utk memperkudakan anda semua.' ckp gmukm pergunakan org lak. abes yg korang mengugut budak2 kajai (dari aku 1st year sampai la aku 2nd year) utk mengundi korg, cat banner korg, wat pondok panas masa hari mngundi, paksa kempen pd hari pengundian dan mcm2 tu mende? benda tu jadik depan mata aku! ko nak ckp pe pun kitorg xcaya. dah kena ugut depan2, smpai mampuih pun aku xcaya aspirasi. lupa, ko baru 1st year kan, baru setahun jagung. dok lama2 sket dan pike dgn akal Tuhan bagi!!! cek diri dulu kalu nak ngata org.
'saya akan sedaya upaya bersedia menghadapi semua provokasi dan niat jahat serta agenda GMUKM yang pastinya tidak berlandaskan islam yang dicanang-canangkan itu' - mende ni wei??? dah terang lagi bersuluh budak2 gmukm yang bersusah payah nak makmurkan UKM dengan ISLAM yg penuh dgn program hedonisme anjuran JAKSA ASPIRASI korang tuh!!!!!!!!!!!!!!!!! dah la budak2 kerohanian kolej kena buang. xkan ko xtau? mata celik kan!!! aku ni kena buang kajai, konon sebab aku budak gm, DEMOKRASILAH SIKIT WOOOIIIIIIIIIII! MENGUNDI & MENYOKONG SATU2 PIHAK TU HAK ASASI MAHASISWA. mangkuk ayun betulla korang nih! xkisah pun kena buang tapi smpai camni ko xleh pike, aku xtau pe nak cakap dah la!!! buktikan yg ko tu benar2 nak bawa Islam dulu baru bukak mulut nak kondem sana sini!!!! dahla xwat pape, org berusaha bawa islam pun ko nak ngata. heran2. ntah apa abg & akak aspirasi suap kat dlm kpala ko ni!
~MAAF ATAS KEBIADABAN BERBAHASA DI ATAS~
Saudara wakil mahasiswa yg saya hormati satu masa dulu, sbg warga fssk; saya berharap sgt saudara melaksanakan pembaharuan dlm PMUKM dan ASPIRASI sendiri. saudara yg saya sgkakan profesional sblm ini rupanya pintar mendabik dada dengan mengutuk musuh politik anda! langkah tidak bijak!!! jika saudara berterusan begini, ia boleh memakan diri sendiri!!! berjalanlah! lihatlah! tafsirlah dgn mata hati yg Tuhan beri! jika rasa diri tak mampu membuat kebaikan, usahlah menghalang bahkan mencaci kerja ma'ruf yg org lain buat! muhasabah dan introspeksi diri saudara & warga ASPIRASI terlebih dahulu. saya sedih mengenangkan perilaku JAKSA ASPIRASI yg mempermain2kan takbir yg dilaung2kan oleh GMUKM. benci pada musuh politik anda itu saya tidak kisah, tapi sehingga menghina & mengutuk 'takbir' & aktiviti Islam yg dilaksanakn itu adalah perbuatan yg sgt tidak rasional & tidak intelektual sbg seorang yg mengaku sbg mahasiswa yg menjulang tinggi budaya keilmuan. jika kata2 ini keluar dr penyokong2 UMNO kampung masih boleh saya terima. jgn biarkan smpai saya menjustifikasi saudara sebagaimana shabat2 ASPIRASI saudara yg menghentam kalimah takbir & menolak usaha makruf oleh GMUKM. semoga SAUDARA tidak sama seperti MEREKA! saya sgt2 kecewa!!!
semoga entri saudara yg seterusnya tidak bisa membuatkan saya mengulangi kata2 biadab seperti di atas...
ps: KEBIADABAN BERBAHASA DI ATAS ADALAH GAMBARAN BETAPA KECEWANYA SAYA DGN PERILAKU SAUDARA YG MENERIMA TAKLIFAN SBG 'JUARA SUARA MAHASISWA' YG MEMEGANG PORTFOLIO KEROHANIAN. SAUDARA ADALAH WARGA KAJAI, CAKNALAH DGN SUASANA TIDAK ISLAMIK K0LEJ KITA SENDIRI!!! SELAMAT BERFIKIR!!!

Posted by Tanpa Nama ( Sabtu, April 24, 2010 )

kamal ali tu..bkpo xjawab dan tak balas komen2 penuh hujjah dri sahabat2 mahasiswa kt atas tu..ambo ternanti2 jwapan dri mulut kamal ali yg penuh hujjah,..cepat...ambo setia menunggu...secret admire kamal ali..(^_^)

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 29, 2010 )

Tahniah..sdra Kamal...pemimpin yg macam ni yg kita mahukan...berusaha dan terus berusaha untuk terus berjuang...saya Takkan Sekali Berundur untuk menyokong saudara...tahniah

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, April 29, 2010 )

hahaha..selepas semua soalan2 komen tidak dijawab lahir pula singam di FaceBook.Kamal Ali.,cukuplah,jgn ingt aku x kenal hang..hahaha..

Catat Ulasan