Sekelumit dari Analisis Ucapan Dasar Presiden PMUKM 2010/2011 Part II

1. Kebajikan mahasiswa kampus Kuala Lumpur (KL) dan Cheras tidak dibawakan dengan begitu serius dalam dasar presiden pada sesi ini. Ucapan dasar hanya menyentuh PMUKM akan memfokuskan masalah yang dihadapi. Tetapi tiada masalah mahasiswa kampus KL dan Cheras yang dikemukakan secara berkesan. Hal ini menunjukkan sikap acuh tidak acuh PMUKM yang ditunjangi oleh saudara presiden terhadap permasalahan di kampus KL dan Cheras. Isu kemudahan asas yang kritikal dan lain-lain yang membelenggu mahasiswa kampus KL sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya untuk disampaikan kepada pihak pengurusan universiti. Kampus Cheras yang di belenggu dengan masalah keselamatan dan birokrasi pengurusan HUKM perlu di nilai dan di lihat dengan sewajarnya oleh pucuk pimpinan PMUKM.

2. Menerusi paksi kedua iaitu kebebasan akademik dan kedinamikan intelektual, seperti biasa tiada sebarang usaha cadangan yang kritis yang mampu memberi jalan kepada pihak universiti untuk menerima paksi tersebut. sebaliknya hanya retorik kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak berpijak di bumi realiti.


3. PMUKM ASPIRASI sesi 2008/2009 yang dinakhodai oleh saudara Mohd Nasir Nazri telah menerima kutukan hebat dan provokasi yang sangat memualkan takkala GMUKM menyatakan bahawa beliau tidak layak menjadi presiden kerana bertanding menerusi kerusi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (kini Ekonomi dan Pengurusan). Hujahan GMUKM ketika itu saudara Nasir hanya dipilih oleh warga fakulti sahaja tidak dipilih oleh mahasiswa secara keseluruhan. Oleh keadaan itu beliau tidak layak menjadi presiden PMUKM pada ketika itu. Ironinya, seperti meludah ke langit apabila PMUKM sesi kali ini membariskan presiden, setiausaha dan timbalan setiausaha yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) terdiri dari calon Fakulti dan di pilih oleh masyarakat dalam fakulti dan bukannya mahasiswa UKM secara menyeluruh.

Semoga dengan analisis ini mampu memberi gambaran dan realiti sebenar yang berlaku dan membuka mata semua pihak agar tidak terlalu idealis dengan menidakkan realiti sebenar yang berlaku. Selamat Menjalankan Amanah buat semua...

:: TEGUH SETIA BERSATU ::

17 Mac 2011 at 9:00 PTG

6 Comments to "Sekelumit dari Analisis Ucapan Dasar Presiden PMUKM 2010/2011 Part II"

Posted by Tanpa Nama ( Khamis, Mac 17, 2011 )

agak tidak logik apabila calon fakulti dinaikkan sebagai MT, jadi kebajikan mahasiswa di fakulti harus dijaga oleh siapa??? dinaikkan utk menjaga kebajikan mahasiswa/i fakulti itu fokus utama walaupun hakikatnya menjaga kebajikan semua..

Posted by Tanpa Nama ( Sabtu, Mac 19, 2011 )

hang keje je la kamal ali..
kalau x buat keja jgk aku x tau nak kata apa lg..

tahniah saudara Kamal Ali..semoga kritikan ini lebih memacu PMUKM dalam menjaga kebajikan pelajar di UKM

Posted by Tanpa Nama ( Rabu, Mac 23, 2011 )

annoying.. hanya mampu bersuara melalui maya.. manusia besar berhati kecil. btway kamu dah dicop sbg manusia dan mahasiswa penakut.. apa ade hal? xde sapa nak heran ngan perangai pelik dan jelik kamu ni.. wat keje sendiri pun tak lepas, ade jiwa nak kritik orang lain bekerja.. kamu tu sempurna sangatkah? kalau tak puas hati kritik depan-depan spy boleh manusia tu ubah apa yg kamu tak puakan tu. luah kat sini ada kesan?.. jelik maha dahsyat!

bestnyee U ni,,,, dan ermmm saye masih baru dalam blog ni, saye dah follow n i hope kalau boleh datang lablog saye,,, http://buatduitorangmalaysia.blogspot.com/ , bukan pasal duit pun,,, terima kasih kalau sudi follow

-kawan2 lain kalau terbace ni terima kasih kalau awak visit,,,

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Catat Ulasan