Jawapan Balas Terhadap Undangan Debat Ala-Presiden Anjuran ISIUKM


1. Saya ingin merespon terhadap undangan dan pelawaan debat ala-presiden yang dianjurkan oleh ISIUKM yang memberikan undangan kepada saya sehari sebelum hari perdebatan tersebut berlangsung iaitu pada 14 Februari 2011. Tarikh perdebatan tersebut yang tertera pada surat undangan ialah pada tanggal 15 Julai 2011 dan bukannya 15 Februari 2011. Saya menjadi keliru dan tertanya-tanya mengapakah tarikh berkenaan berbeza dengan tarikh pada poster dan edaran flayers yang tersebar di kolej-kolej kediaman.



Klik Imej Untuk Lebih Jelas


2. Saya mohon maaf kerana tidak berminat untuk mendebatkan isu yang saya sendiri tidak punyai kuasa terhadapnya iaitu berkenaan dengan pilihanraya kampus (PRK). Saya bukanlah Pengarah Suruhanjaya Pemilihan Wakil Pelajar UKM yang layak memberikan hujahan mengenai tajuk yang diberikan iaitu " Pilihanraya Kampus Bersih dan Adil". Pihak ISIUKM seharusnya menjemput dan mengundang Pengarah Suruhanjaya Pemilihan Wakil Pelajar UKM yang lebih berautoriti untuk mengemukakan hujahan berkaitan dengan pilihanraya kampus UKM.

3. Saya menjadi tertanya-tanya adakah debat ala-presiden ini dianjurkan oleh ISIUKM atau sebaliknya kerana pada "Letter Head" surat berkenaan tertera nama ISIUKM namun individu untuk dihubungi dan setiausaha yang mengeluarkan surat berkenaan daripada GMUKM. Lantas adakah pihak penganjur ingin mengelirukan saya lagi? itu yang bermain di minda saya.

4. Bagi saya, proses pilihan raya kampus perlulah dijalankan terlebih dahulu untuk meraikan demokrasi kampus yang kita amalkan sepanjang penubuhan UKM ini sebelum meletakkan seseorang itu sebagai calon presiden atau sebagainya. Saya melihat pihak penganjur cuba meletakkan persepsi bahawa debat ala-presiden ini merupakan satu pentas menguji hujahan bakal presiden PMUKM. Biarlah mahasiswa membuat keputusan dengan mengundi calon pilihan mereka dahulu.

5. Saya ingin mencadangkan kepada pihak penganjur agar mengutamakan isu-isu kebajikan pelajar untuk dibincangkan dalam debat-debat anjurannya daripada terus berpolitik dengan mengutamakan isu-isu politik sebagai mauduk perdebatan dan menggunakan medan debat sebagai platform untuk melancarkan "character assassination".

6. Saya akan hadir pada hari pendebatan yang di undang iaitu pada 15 Julai 2011 untuk mencambah minda ke arah mahasiswa kelas pertama sesuai dengan motto surat jemputan berkenaan "menjana minda mahasiswa kelas pertama". Semoga penjanaan minda dapat terus direalisasikan dengan meletakkan kepentingan dan keutamaan kepada kepentingan mahasiswa.

" Rasulullah Ikon Sepanjang Zaman"

16 Februari 2011 at 11:43 PG

2 Comments to "Jawapan Balas Terhadap Undangan Debat Ala-Presiden Anjuran ISIUKM"

kesiannya abg kamal:(
takpe,Allah bersama orang yang benar! :(

salam, ada jugak terbaca tentang flyer yang seolah2 mengatakan saudara kamal ali tidak menghadirkan diri atas sebab2 tak masuk akal. semuanya terjawab kini. moge terus kehadapan sebagai perintis mahasiswa kelas pertama, insyaallah...

Catat Ulasan