Mesyuarat Majlis Pengurusan Universiti (MPU) yang berlangsung pada 14 Oktober 2010 BARISAN PMUKM telah menyuarakan pelbagai permasalahan pelajar dari sekecil-kecilnya seperti masalah infrastuktur kolej, gangguan haiwan liar hinggakan kepada permasalahan isu HX dan HE yang membelenggu semua mahasiswa UKM. PMUKM yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi dan Exco serta semua setiausaha kerja PMUKM telah menjalankan kajian dan membentangkan slide show di hadapan Lembaga Pengurusan Universiti mengenai permasalahan pelajar ini.
Tindakan drastik Tan Sri Naib Canselor yang mengarahkan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) untuk di rombak semula dengan menggantikan dengan saf kepimpinan yang baharu juga merupakan hasil daripada feedback permasalahan yang disuarakan oleh PMUKM ini. Bukan setakat itu sahaja, pihak pengurusan utama universiti juga menerima cadangan PMUKM agar mewartakan waktu rehat secara berkala kepada semua jabatan @ pusat yang berkaitan dengan pelajar bagi memudahkan semua urusan pelajar. keadaan ini memperlihatkan suara mahasiswa disuarakan oleh PMUKM bukannya melalui pertubuhan tidak berdaftar yang hanya wujud di alam maya. Juga, PMUKM tidak menjalankan sebarang demostrasi jalanan yang ternyata tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada penyelesaian masalah tersebut.
Tidakan mengakui kejayaan PMUKM adalah milik sesebuah pertubuhan tidak berdaftar ini merupakan keadaan yang amat memalukan dan merendahkan institusi keintelektualan mahasiswa. Kepada yang berkenaan adalah elok jika kata di kota bukan mengaburi mahasiswa dengan retorik dan tipu daya yang akhirnya menyebabkan permusuhan dan semagat berpuak-puak yang semakin kronik.
Jika sidang pembaca sekalian mahukan bukti silalah lawati laman web rasmi PMUKM 09-10.
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
6 Comments to "Buat Rakan-Rakan Mahasiswa Fikir-Fikirkanlah"