Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, Afghanistan dan Iran mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya. Mereka juga, turut tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada negara-negara yang menjadi mangsa kerakusan dan sikap kebinatangan Tony Blair dan pakatan sekutunya. Beliau dan sekutunya sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan mereka.
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Tony Blair lah orang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.
Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Natijahnya lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.
Oleh yang demikian, atas kapasiti apakah sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih dan dijadikan model bagi pembangunan institusi perniagaan.
Justeru saya dengan sepenuh jiwa raga menggesa pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia yang secara terang-terangan mengutuk syarahan tersebut. selain itu, saya juga mengharapkan agar orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair sebagai tanda protes dan bantahan terhadap pencerobohan dan pencabulan keatas negara-negara islam yang dilakukan oleh si penyangak Tony Blair ini. saya juga berharap agar pihak berkuasa iaitu kerajaan Malaysia mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia seperti yang dilakukan keatas Chin Peng dan warga Israel.
ATAS NAMA ISLAM , DAN KEINTELEKTUALAN INSTITUSI KEMAHASISWAAN SAYA MENYERU AYUH KITA BERSAMA-SAMA BANGKIT MENOLAK PENODAAN KEATAS BUMI ISLAM DAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.