Politik Tiga Budak Hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di tepi pantai, lalu bertemu dengan lampu ajaib. setelah digosok-gosok , maka keluarlah jin dari dalam lampu ajaib itu. seratus peratus macam cerita Aladdin dan Lampu Ajaib.

Maka, jin yang tahu berterima kasih itu pun berkata, "mintalah apa yang kamu hendak, aku akan cuba dapatkan untuk kamu".

budak hitam yang pertama berkata, "aku nak jadi putih". tup! terus budak itu jadi putih.

budak hitam yang kedua pula berkata, "aku mahu menjadi lebih putih daripada budak hitam yang pertama tadi". tup! tup! budak hitam yang kedua itu menjadi lebih putih daripada budak hitam yang pertama tersebut.


melihat kedua-duanya menjadi putih, budak hitam yang ketiga tadi berkata, "aku mahu jadi putih daripada kedua-dua budak hitam yang telah menjadi putih tadi".

ketika itu, jin mula menggaru-garu kepalanya, kemudian berkata, "yang itu saya minta maaf tuan. ilmu saya belum cukup lagi. saya tak dapat tunaikan permintaan itu".

lalu budak hitam itu berkata, "tak mengapa. kalau kamu tak dapat jadikan saya lebih putih, saya minta kamu tukarlah kedua-dua budak hitam yang telah putih ini menjadi hitam semula".

(Dipetik dari buku Tunggu Apa Lagi? oleh NOBISHA)

14 Ogos 2010 at 10:32 PTG

3 Comments to "Politik Tiga Budak Hitam"

Posted by Tanpa Nama ( Selasa, Ogos 17, 2010 )

budak hitam bersongkok tinggi.:).
wt la kesah budak hitam berselindung d sebalik songkoknya?xpon rahsia maple kerohanian yg mnjalankan tugas dgn amanahnya..:)

budak hitam bersongkok tinggi... sayakah itu sahabat? andai saya pernah menghiris perasaan kamu kemaafan juga dipinta di bulan ramadhan yang penuh barakah ini. jika saya yang kamu maksudkan, penyelindungan apa yang kamu ertikan dlm komen kamu itu wahai sahabatku?

ada ilustrasi 3 budak hitam dalam majalah solusi 20, 21 dan 22. lebih mendalam maksudnya

Catat Ulasan