Gerakan Mahsiswa dari Sudut Pidato

sudut pidato di kampus secara rasminya diwujudkan pada tanggal 27 Mei 1966 di tapak pengucapan awam Universiti Malaya (UM). dari situ sudut ini berkembang dan terus-terusan berkembang ke IPTA lain seperti UITM, USM, UKM dan UPM.

hasil lontaran idea dan suara mahasiswa di sudut ini, semangat perjuangan dan gerakan mahasiswa mula berkembang. mahasiswa yang cakap dan berucap disudut terbabit tidak takut dan gentar dengan apa jua kemungkinan yang dihadapi kerana mereka percaya dengan pegangan dan idealis masing-masing. niat membela golongan Marhaen sentiasa tertanam dalam sanubari mahasiswa-mahasiswa ini kerana hal tersebut merupakan tunjang perjuangan mereka.

pengharaman sudut pidato dikuatkuasakan pada tahun 1974 kerana kerajaan ketika itu merasakan bahawa gerakan mahasiswalah yang telah mengakibatkan meletusnya Demonstrasi Baling pada tahun tersebut. namun pengharaman ini tidak menghalang perkembangan gerakan mahasiswa. hal ini ekoran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada bulan Ogos tahun yang sama dengan AUKU yang diluluskan oleh parlimen. pendirian ABIM yang menolak politik kepartian menarik minat mahasiswa untuk menyertainya.

tidak sekadar ABIM, wujud banyak lagi badan tertentu yang disertai oleh mahasiswa, baik bersifat kepartian mahupun tidak. antara yang pernah dicatat dalam sejarah ialah Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA), Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) serta banyak lagi badan yang mencorak pola politik mahasiswa di kampus. Rata-rata badan-badan ini mempengaruhi mahasiswa dalam menyuarakan ideologi perjuanagan mereka.

apabila pengaruh politik kepartian semakin kukuh, maka wujud dua kelompok besar dalam gerakan kemahasiswaan di kampus iaitu Pro Aspirasi yang mendukung aspirasi universiti dan Pro Mahasiswa yang bersifat anti-establishment yang bercorak lebih menentang pentadbiran universiti.



(SUMBER: Dewan Masyarakat, April 2010)

13 April 2010 at 4:43 PG

0 Comments to "Gerakan Mahsiswa dari Sudut Pidato"

Catat Ulasan