Suarakan Tolakan Terhadap Tony Blair !!

Pada 24 hb April 2010 sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyramid Convention Center , Petaling Jaya. Seperti yang kita dan semua tahu, Tony Blair sudah dikenali dan dicop sebagai penjenayah dan pembunuh kemanusiaan yang bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , Presiden Bush yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan umat Islam di dunia dengan konsep New World Order (NWO).


Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, Afghanistan dan Iran mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya. Mereka juga, turut tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada negara-negara yang menjadi mangsa kerakusan dan sikap kebinatangan Tony Blair dan pakatan sekutunya. Beliau dan sekutunya sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan mereka.


Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Tony Blair lah orang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.


Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Natijahnya lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.


Oleh yang demikian, atas kapasiti apakah sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih dan dijadikan model bagi pembangunan institusi perniagaan.


Justeru saya dengan sepenuh jiwa raga menggesa pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia yang secara terang-terangan mengutuk syarahan tersebut. selain itu, saya juga mengharapkan agar orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair sebagai tanda protes dan bantahan terhadap pencerobohan dan pencabulan keatas negara-negara islam yang dilakukan oleh si penyangak Tony Blair ini. saya juga berharap agar pihak berkuasa iaitu kerajaan Malaysia mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia seperti yang dilakukan keatas Chin Peng dan warga Israel.

ATAS NAMA ISLAM , DAN KEINTELEKTUALAN INSTITUSI KEMAHASISWAAN SAYA MENYERU AYUH KITA BERSAMA-SAMA BANGKIT MENOLAK PENODAAN KEATAS BUMI ISLAM DAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.

23 April 2010 at 3:20 PG , 1 Comment

Perjuangan yang Belum Selesai

rakan-rakan sekalian... saya amat tertarik dengan semua komen, pandangan dan kritikan anda semua.. saya bercakap dan menulis atas fakta yang sebenar. saya punyai bukti dan hujah yang akan dapat menyokong hujah dan bukti saya.

kepada ahli-ahli GMUKM yang xdapat menerima kenyataan, ayuhlah muhasabah diri kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan pakatan GMUKM yang ternyata hanyalah satu pakatan yang direka cipta utk memperkudakan anda semua.

saya berdoa agar satu hari nanti pintu hati anda akan dibukakan dari kejumudan yang melampau ini demi satu kebenaran yang hakiki. ketahuilah saya tidak bermusuhan dengan anda, saya paparkan bukti-bukti dalam blog ini untuk menunjukkan kepada anda agar dapat menjadi satu batu loncatan untuk anda muhasabah diri dan renung peribadi.

saya amat yakin dan pasti bahawa selepas ini saya dan mungkin rakan-rakan MPP lain dari saf Aspirasi akan dijatuhkan maruah, imej, Personaliti dan mungkin harga diri demi perjuangan penuh kepura-puraan GMUKM. Malah bukan kita tidak tahu betapa rakusnya GMUKM menidakkan maruah rakan-rakan kita dahulu. mungkin itu sahaja jalan untuk mereka meraih undi dan sokongan dari mahasiswa/i UKM yang terus-terusan ditipu oleh mereka.

saya akan sedaya upaya bersedia menghadapi semua provokasi dan niat jahat serta agenda GMUKM yang pastinya tidak berlandaskan islam yang dicanang-canangkan itu.

saya tidak bermusuhan dengan anda wahai sahabat di GMUKM. jika anda fikir tulisan saya di blog ini untuk menjadikan saya musuh maka terpulang.

saya tidak gentar dan takut untuk perjuangkan apa yang benar.

TAKKAN SEKALI BERUNDUR kerana Perjuangan ini Belum Selesai.

22 April 2010 at 1:38 PG , 12 Comments

Pemimpin GMUKM yang hipokrit

Saya sedih dengan nasib mahasiswa UKM yang terus-terusan diperbodohkan oleh GMUKMyang saya pun tidak tahu mengapa begitu hina sekali berjuang atas platform politik kampus tetapi mendambakan politik luar kampus.

jika berdebat hebat sekali mereka menuduh, melebelkan dan mengelaskan bahawa pimpinan barisan ASPIRASI sebagai pro kerajaan, pro Barisan Nasional dan apa-apa jua lagi demi mengaburkan mata dan hati mahasiswa/i UKM dari sikap sebenar mereka.

sahabat-sahabat sekalian, untuk pengetahuan sahabat semua, pemimpin GMUKM lah yang menjadi proksi pakatan politik luar yang sedaya upaya mengekspoloitasi institusi kemahasiswaan demi survival politik mereka. mereka menggunakan pemimpin-pemimpin yang mudah diperkudakan seperti GMUKM ini bagi menyempurnakan kegiatan dan ideologi mereka yang ternyata punyai matlamat peribadi.

jangan cakap saya menuduh semberono. saya punyai bukti. namun adakah bukti yang saya tunjukkan ini mampu menjadikan mahasiswa sekalian menolak GMUKM secara total pada Pemilihan Kampus akan datang? sama-samalah kita fikir-fikirkan dan renungkan


Jika sahabat semua tidak kenal, yang bertopi itu ialah saudara Fikah Sanusi manusia yang begitu lantang semasa menjadi MPP UKM sesi lepas yang mengutuk dan mempersendakan ASPIRASI UKM kerana baginya APIRASI UKM pro kepada parti politik pemerintah. tapi gambar ini dirakam baru-baru ini di Hulu Selangor. En. Fikah Sanusi Pelajar Tahun 3 Fakulti Undang-Undang UKM menyertai perarakan penamaan calon parti Keadilan Rakyat (PKR).



Yang ini pula saudara Idris Yusof mantan presiden ISI UKM yang juga MPP sesi lepas yang secara terang-terangan menggunakan platform GAMIS untuk memyempurnakan agenda politik kepembangkangannya. Untuk pengetahuan Hadirin sekalian, Rakaman Ucapan saudara Idris Yusof ini juga dilakukan oleh PAS TV! saya menjadi keliru adakah saudara Idris Yusuf ini merupakan Pemuda Pas yang menggunakan platfrom mahasiswa di UKM. jika benar maka Idris Yusuf ini juga merupakan hipokrti kelas atasan yang telah mengaburkan mata dan telinga mahasiswa/i UKM. kerana Idris Yusof ini juga mengutuk jika ada mana-mana badan atau pertubuhan pelajar yang menyertai politik luar kampus.
Lebih "membanggakan" ucapan dan kenyataan Encik Idris Yusof ini telah disiarkan oleh Harakah Daily.

Sila Klik Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor

apa lagi bukti yang diperlukan yang menunjukkan bahawa GMUKM ini hanyalah satu pakatan yang direncanakan untuk menjatuhkan dan mengaibkan institusi keintelektualan mahasiswa. saya yakin dan percaya walau berdozen bukti pun jika saya tunjukkan pasti terdapat jua warga-warga UKM yang bersuara mengatakan bahawa jika GMUKM yang berpartisipasi dengan politik luar tidak mengapa. jika ASPIRASI yang buat begitu maka itu adalah satu kesalahan yang maha dashyat. itulah GMUKM matlamat menghalalkan cara.

namun saya tetap berharap dan berdoa agar dibukakan pintu hati mahasiswa/i sekalian agar dapat berfikir dengan waras dan penuh keintelektualan untuk menolak secara total GMUKM pada PR kampus akan datang...

19 April 2010 at 4:16 PTG , 36 Comments

Gerakan Mahsiswa dari Sudut Pidato

sudut pidato di kampus secara rasminya diwujudkan pada tanggal 27 Mei 1966 di tapak pengucapan awam Universiti Malaya (UM). dari situ sudut ini berkembang dan terus-terusan berkembang ke IPTA lain seperti UITM, USM, UKM dan UPM.

hasil lontaran idea dan suara mahasiswa di sudut ini, semangat perjuangan dan gerakan mahasiswa mula berkembang. mahasiswa yang cakap dan berucap disudut terbabit tidak takut dan gentar dengan apa jua kemungkinan yang dihadapi kerana mereka percaya dengan pegangan dan idealis masing-masing. niat membela golongan Marhaen sentiasa tertanam dalam sanubari mahasiswa-mahasiswa ini kerana hal tersebut merupakan tunjang perjuangan mereka.

pengharaman sudut pidato dikuatkuasakan pada tahun 1974 kerana kerajaan ketika itu merasakan bahawa gerakan mahasiswalah yang telah mengakibatkan meletusnya Demonstrasi Baling pada tahun tersebut. namun pengharaman ini tidak menghalang perkembangan gerakan mahasiswa. hal ini ekoran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan pada bulan Ogos tahun yang sama dengan AUKU yang diluluskan oleh parlimen. pendirian ABIM yang menolak politik kepartian menarik minat mahasiswa untuk menyertainya.

tidak sekadar ABIM, wujud banyak lagi badan tertentu yang disertai oleh mahasiswa, baik bersifat kepartian mahupun tidak. antara yang pernah dicatat dalam sejarah ialah Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA), Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) serta banyak lagi badan yang mencorak pola politik mahasiswa di kampus. Rata-rata badan-badan ini mempengaruhi mahasiswa dalam menyuarakan ideologi perjuanagan mereka.

apabila pengaruh politik kepartian semakin kukuh, maka wujud dua kelompok besar dalam gerakan kemahasiswaan di kampus iaitu Pro Aspirasi yang mendukung aspirasi universiti dan Pro Mahasiswa yang bersifat anti-establishment yang bercorak lebih menentang pentadbiran universiti.



(SUMBER: Dewan Masyarakat, April 2010)

13 April 2010 at 4:43 PG , 0 Comments

Gempur Peperiksaan !!

Hadapi dengan Tenang Moga Kejayaan dan Kegemilangan itu Milik Kita Bersama.....

at 3:17 PG , 1 Comment

Islam Terbukti Benar

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Qs.5 Maa'idah:97. Allah telah menjadikan Ka'bah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.

Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ???”

Para Astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada masalah tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) “

Radiasi dari Ka'bah ini tak dapat diketahui tanpa pesawat antariksa abad 20, membuktikan jika Qur'an ialah berasal dari ALLAH, & bukti Qur'an mukjizat sepanjang masa. Kerana banyak ayat yang baru dapat dibuktikan oleh peralatan terakhir, zaman terakhir.

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. QS. 4 An-Nisaa':82

Jadi,,, 1 lagi BUKTI,,, Islam TERBUKTI BENAR!
DARI ILMIAH,,,, Islam terbukti Benar
DARI KITAB LAIN,,, Islam terbukti Benar

Segala puja & puji bagi ALLAH,,, Qur'an TERBUKTI Sepanjang Masa!


ehsan: islam terbukti benar (Facebook)

11 April 2010 at 4:28 PTG , 0 Comments

Islam yang semakin terancam

Institut kajian dasar (IKD) yang diasakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kini semakin terbongkar niat dan kepentingan sebenar IKD ini ditubuhkan. Pengarah-Pengarah IKD iaitu Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya jelas memberi ancaman kepada islam yang menjadi agama rasmi yang diperakukan dalam perlembagaan negara ini.. mahasiswa/i perlu tahu dan peka tentang permasalahan ini dan bangkit untuk menolak pakatan yang cuba mengganggu gugat islam yang kita cintai ini

Video berikut jelas menunjukkan betapa Terancamnya umat islam dinegara ini andai perihal ini tidak ditangani secara bijaksana.. Klik sini

at 2:04 PTG , 0 Comments

Cukuplah GMUKM kami tahu mana baik dan mana buruk

saya baru melihat klip video yang dikepilkan diruangan "Home" di facebook tadi mengenai perihal FRU masuk kampus kita. saya berasa jijik dengan sikap dan kelakuan yang boleh saya katakan seperti sampah dan tidak ada tamadun dan yang pasti ada dalang yang memperkudakan pelajar-pelajar UKM yang menyertai GMUKM. mereka ini seperti lembu dicucuk hidung yang pantas melakukan apa sahaja demi ketasuban terhadap sesuatu yang mereka sendiri tidak ketahui.

dari video yang dirakam tersebut sangat jelas bahawa pelajar atau mungkin orang luar itu yang menerkam anggota polis tersebut terlebih dahulu dan dibalas dengan tindakan anggota polis tersebut menahan untuk mententeramkannya. jadi mengapa ada suara-suara jumud yang memanggil anggota polis tersebut sebagai "anjing" dan sebagainya?? jelas pada mulanya melaungkan takbir disusuli dengan zikir dan diakhiri dengan kata-kata kesat didalam masjid. hebat bukan GMUKM ini dalam menghalalkan apa sahaja yang mereka rasa berkepentingan dan mengharamkan apa sahaja yang dilalukan oleh "musuh" mereka.

sudahlah hentikanlah mainan dan jajaan politik murahan kamu ini wahai manusia-manusia yang ada dan menyertai pakatan tidak berdaftar GMUKM yang jelas HARAM disisi undang-undang. dan ingat janganlah bermain dengan sentimen keagamaan yang akan mengheret ke pintu nereka kerena kerakusan politik kampungan kamu ini.

saya pasti rakan-rakan seluruh kampus mengetahui bahawa GMUKM ini sememangnya pakatan yang punyai kepentingan peribadi yang hanya mahukan sesuatu atas kehendak mereka tanpa mengambil kira kepentingan umum secara langsung...

AYUH SAYANGKAN VARSITI KITA TOLAK POLITIK KAMPUS KAMPUNGAN

07 April 2010 at 1:09 PG , 2 Comments

Helah GMUKM mainkan isu demi kepentingan sendiri

saya sudah bosan melihat pakatan atau pertubuhan yang menggelarkan diri mereka GMUKM walaupun tidak pernah didaftarkan yang sentiasa memainkan sentimen keagamaan dan membayangkan seolah-oleh mereka ditidas oleh pentadbiran UKM.

dengan biadapnya pakatan GMUKM ini mencemarkan maruah UKM apabila Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melangkah masuk kampus kita yang tercinta ini hanya untuk mengawal tindakan-tindakan liar penyokong-penyokong pakatan GMUKM ini. saya sedih dan kecewa yang ditangkapnya bukan pimpinan GMUKM itu tetapi teman se blok saya di kolej ini. sahabat tahun satu itu tahu apa? hanya sekadar ikut-ikut tetapi dia yang ditahan olh anggota FRU. mana perginya ke"jantanan" dan kejaguhan pimpinan GMUKM yang gah melaungkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap kewibawaan Varsiti Kita ini.

itu baru satu hal. untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, MPP dari GMUKM tidak berdaftar ini telah mereka cipta Letter Head sendiri bagi melambangkan keangkuhan dan kesombongan mereka. kalau kita tanya mengapa tidak gunakan letter head PMUKM sahaja mereka akan jawab PMUKM lepas tidak mahu beri kerjasama sedangkan mereka tidak pernah meminta untuk bekerjasama. Jadi apa yang saya lihat disini hanyalah satu cara mereka menjaja nama dan mengharapkan publisiti semata-mata tanpa niat yang ikhlas. saya tunjukkan letter head rekaan MPP GMUKM yang hanya mengharapkan publisiti murahan.pada sesi ini mereka (MPP GMUKM)sibuk menjaja nama baru iaitu MPP Mahasiswa. saya ingin bertanya apakah MPP lain (selain MPP GMUKM) bukan terdiri dan dipilih oleh mahasiswa? kalau kita tanyakan soalan ini mereka akan jawab mereka tidak punyai pangkat dan posisi didalam kabinet PMUKM justeru mereka digelar MPP mahasiswa. Anda boleh lihat sendiri agenda tersembunyi disebalik mainan politik yang dimainkan oleh MPP GMUKM ini. politik murahan ini harus diTOLAK secara TOTAL oleh semua mahasiswa demi keunggulan dan kesuburan satu sistem politik kampus yang gemilang.



saya hanya tersenyum takkala gambar saya "dibuang" ketika berdiskusi dengan pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang tidak lama dulu. yang mereka pamerkan hanya gambar MPP Fakulti Undang-Undang saudara Ou Yong Koh Beng sedangkan saya berada disebelah ketika itu. saya dapat hidu bahawa MPP GMUKM ini hanya inginkan Mahasiswa/i UKM melihat hanya mereka yang bekerja dan MPP lain seperti saya ini tidak.Klik sini untuk melihat sendiri betapa "Murninya" hati GMUKM ini. jadi fikir-fikirkanlah wahai sahabat..



bagi semua rakan-rakan mahasiswa saya ingin nyatakan bahawa tolonglah jangan mudah terpedaya dengan politik kangkung GMUKM ini. saya sememangnya tidak punyai masalah dengan barisan MPP dari GMUKM. Tetapi apa yang saya tidak "kuasa" nak melayan ialah tipu muslihat GMUKM itu sendiri. perhatikan ayat saya bahawa saya tidak punyai masalah dengan kepimpinan GMUKM tetapi pakatan itu bukan orang dalam pakatan itu.

06 April 2010 at 2:10 PG , 0 Comments


Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

05 April 2010 at 1:49 PTG , 0 Comments

Program UniMAP tidak dapat pengiktirafan

Terkejut, geram, sedih dan terkedu. itulah yang penulis rasakan apabila melihatkan pernyataan bahawa sebanyak 16 program di universiti malaysia perlis (UniMAP) tidak mendapat pengiktirafan oleh MQA. menurut sumber tersebut hanya dua (2) program sahaja yang mendapat pengiktirafan dan 'laku' dipasaran kerja.

apa nak jadi dengan sistem pengajian tinggi negara ini?? klu pusat pengajian swasta (IPTS) yang tak dapat pengiltirafan bolahlah diterima ini IPTA yang dijana sendiri oleh kerajaan. memang tak masuk akal.

terdapat suara-suara yang menggesa menteri pengajian tinggi Dato Seri Mohamed Khalid Nordin meletakkan jawatan dan Naib Canselor UniMAP Kol. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin untuk turut berbuat demikian disebabkab ketidak pekaan mereka tentang nasib anak-anak muda yang menuntut disitu.

perlu diingatkan bahawa mereka belajar bukan percuma dan perlu membayar balik pada PTPTN selepas bergraduasi. jika program tidak diiktiraf, mana mungkin pasaran kerja mahu mengambil mereka. Menteri pengajian tinggi dan NC UniMAP perlu bertanggungjawab dengan masalah ini. tiada gunanya memegang jawatan besar andai nasib rakyat (pelajar) diabaikan.

penulis mengecam sekerasnya kealpaan dan kelalaian kedua-dua manusia ini yang mengadaikan nasib mahasiswa. selaku mahasiswa yang memahami situasi dan keadaan kehidupan kemahasiswaan, penulis berharap ada pihak yang bertindak. jangan pertaruhkan masa hadapan muda-mudi negara ini.

04 April 2010 at 5:45 PTG , 0 Comments

TAFSIR SURAH AR-RAHMAN

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

at 4:24 PTG , 0 Comments